Antara Sebab Anda Tidak Boleh Berhutang Semata-Mata Untuk Berkahwin.

Azam tahun baru nak elakkan berhutang, akan tetapi disebabkan minda yang mudah terpengaruh dengan kawan-kawan yang kahwin dengan mewah, terus lebur azam tersebut. Tak apalah, baru setanding dengan kawan-kawan yang lain. Kalau kahwin tak mewah, nanti orang mengata. Dah 2019 kan, takkan nak kahwin ala kadar je.

Susah kalau sentiasa berpikiran nak sedapkan hati orang lain. Tetapi lama-kelamaan pasti akan menyesal dengan perbuatan diri sendiri. Baru nak duduk termenung, nak cari duit sampingan dan sebagainya. Ketika ini lah dah menyusahkan orang ramai, nak buat pinjaman semata.

Ada sebab kenapa anda tidak digalakkan berhutang untuk perkahwinan yang hanya dijalankan pada satu hari sahaja, jom lihat;

1. Permulaan hidup yang tiada perancangan teratur.

Setiap kehidupan ada dugaannya yang tersendiri. Perkahwinan pula adalah cabaran untuk anda hidup bersama pasangan. Namun, semuanya sia-sia sahaja apabila baru nak mulakan hidup bersama pasangan dah berhutang. Tidak kira sama ada berhutang dengan bank atau keluarga, ia sudah menunjukkan anda tidak bijak merancang kehidupan dengan teratur.

Jika perancangan kehidupan sudah tidak teratur, bagaimana untuk mengawal perbelanjaan bersama pasangan kelak?

2. Tidak nampak usaha untuk mencari duit sendiri.

Apabila anda asyik berhutang sahaja termasuklah dalam perbelanjaan perkahwinan, sudah tentu tidak nampak usaha anda sendiri untuk membina mahligai bersama pasangan. Anda dikatakan sangat ‘manja’ kerana mengharapkan pergantungan kewangan dari keluarga, sahabat atau bank. Situasi sebegini sudah tentu menunjukkan anda sebenarnya tidak bersedia berdikari untuk perkahwinan.

Jika mencari duit untuk perkahwinan pun berhutang, bagaimana untuk mendapatkan rumah pertama bersama pasangan. Pasti dengan cara berhutang akan menyebabkan anda dengan pasangan sukar untuk mendapatkan rumah yang pertama, malah ia adalah salah satu jalan jauh untuk selesaikan masalah ini.

3. Bebanan di awal perkahwinan.

Berhutang juga akan menyebabkan anda hidup dalam bebanan yang tinggi. Bukan setakat itu sahaja, anda merasakan ia adalah salah satu sebab hidup anda menjadi tekanan, dan sukar untuk mengawal perasaan amarah bersama pasangan. Lama-kelamaan situasi sebegini menjurus anda atau pasangan untuk mengungkit kisah ini dalam pergaduhan.

Ungkit-mengungkit dalam perkahwinan menyebabkan hidup bersama pasangan tidak harmoni dan bahagia.

4. Mempunyai komitmen yang tidak munasabah pada awal perkahwinan.

Apabila anda sudah berhutang untuk berkahwin, sudah tentu anda perlu menanggung komitmen yang tidak munasabah secara anda tidak sedar. Baru nak bina hidup dengan pasangan, dah ada hutang. Sama juga dengan situasi untuk pelajar yang terpaksa menggunakan pinjaman PTPTN untuk belajar. Belum bekerja lagi, dah berhutang beribu angka. Nak kahwin pun, nak berhutang lagi.

Janganlah menambah hutang, sekiranya ia terlalu membebankan hidup anda.

5. Anda akan berasa menyesal seumur hidup.

Dan yang sudah pasti adalah, setelah selesai sahaja perkahwinan pasti anda akan terfikir bahawa berhutang demi perkahwinan yang gah sebenarnya adalah sia-sia sahaja. Nak mulakan kehidupan perkahwinan serba hutang yang banyak, sudah tentu memberi tekanan pada pasangan. Tidak hairan sekiranya anak muda yang berkahwin pada zaman sekarang, bercerai pada fasa permulaan perkahwinan iaitu dalam masa 5 tahun ke bawah.

Semoga Bermanfaat, Dan Janganlah Berhutang Demi Perkahwinan Semata-Mata!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen