Lelaki Ini Kongsi Cara Baiki Kewangan Agar Menjadi Lebih Baik Berbanding Tahun Lalu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tahun baru ini, pasti azam pun baru bukan? Rata-rata meletakkan azam untuk menyimpan lebih banyak wang pada tahun 2019 ini. Bahkan ada juga yang meletakkan azam untuk tidak berbelanja secara boros lagi yang akhirnya menyakiti diri sendiri.

Cuba lihat kembali pada tahun 2018 lalu, ke mana wang anda telah pergi, adakah berada dalam simpanan? Anda masih belum mempunyai simpanan? Atau kesemua wang anda itu telah habis anda belanjakan?

Sedikit perkongsian daripada saudara Amir Syahir, mengenai punca-punca menyebabkan kebocoran wang anda dan cara untuk mengatasi semula perkara tersebut. Jom baca.



Baiki Kewangan Yang Bocor

****************************

Sedar tak sedar 2018 bakal melabuhkan tirainya. Bagaimana keadaan kewangan kau pada tahun ini? Kau dah boleh membuat refleksi kembali mengenai hala tuju kewangan kau untuk tahun 2018.

Berikut merupakan antara perkara biasa yang menyebabkan kebocoran kewangan korang. Jom semak kembali.

***

1. Jika dulu setiap minggu keluar tengok wayang, sekarang cuba pilih filem yang menarik je. Ini filem hantu Melayu pun kau nak tengok. Kau tengok duit kau dalam bank pun dah cukup seram. Tak tengok filem lagi bagus. Baca buku je.

2. Jika dulu setiap minggu kau keluar jalan-jalan lepak pusat membeli belah, lepas tu lepak dekat kedai hipster semata-mata nak update gambar Insta. Sekarang cuba jimat duit tu untuk kegunaan masa depan kau.

3. Jika dulu selalu beli benda berjenama, sekarang cuba beli barang yang harga lebih berpatutan. Cuba bandingkan harga terlebih dahulu. Yang berkualiti tak semestinya mahal.


4. Jika dulu selalu nak up to date gajet, telefon nak yang terbaru je padahal main Candy Crush, online Fesbuk dan main WhatsApp je. Sekarang cuba tunggu rosak baru beli. Ingat, pakai sampai habis, guna sampai rosak.

5. Jika dulu beli kasut 5-6 pasang, setiap kali dapat gaji beli baju dekat Lazada, Zalora tapi tak pakai pun. Beli sebab masa SALE. Tak beli rugi.

6. Jika dulu lampu bilik, stor, dapur tak ada orang pun dibiarkan berpasang, sekarang cuba padamkan lampu bila tak ada orang.

7. Jika dulu paip air rosak dan air banyak menitik, kau tak hiraukan, sekarang cuba kau baikinya.

***

Sebelum kau membina simpanan/harta tu, kewangan mestilah kukuh, kuat serta utuh supaya tiada kebocoran berlaku.

Banyak lagi perkara yang boleh kau jimatkan. Perkara yang kau nampak kecil sebenarnya memberi kesan jika kau semak betul-betul.

Contohnya dari segi pembaziran elektrik, kalau kau dapat jimat lima ringgit dari bulan lepas pun dah kira okay. Kalau setahun? Kira la sendiri.

Kalau kau gaji besar, gaji serupa menteri takpe la. Ini gaji ciput je. Tapi bajet tabiat serupa orang ada-ada je. Sekadar memperingati. Kah!

P/S: Apa kebocoran wang yang kau telah buat pada tahun ni? Boleh dijadikan teladan kita semua.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen