Hutang Yang Dihalalkan Dituntut Kembali, Bagaimana Untuk Selesaikannya? Ikuti Penjelasan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hutang adalah perkara yang wajib dibayar semula oleh orang yang berhutang. Sebab itulah dalam berhutang ini perlu ada saksi untuk melihat perjanjian itu berlaku. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti salah faham terhadap kejadian itu. Namun begitu, biasanya jika seseorang ingin berhutang atau ingin berikan pinjaman ia hanya berlaku di antara dua orang sahaja tanpa saksi, kerana merasakan itu lebih mudah.

Kadang kala terdapat satu situasi yang kita tidak boleh jangka seperti hutang yang dibuat itu dihalalkan. Tapi bagaimana jika kejadian seperti hutang yang telah dihalalkan itu tiba-tiba dituntunt kembali? Adakah ia perlu dibayar semula ataupun hanya membiarkan sahaja perkara tersebut? Mari ikuti penjelasan ini berdasarkan soal jawab dibawah ini.



Soalan:

Assalammualaikum,

Ustaz, saya mempunyai masalah iaitu mengenai HUTANG.

Kawan saya ada meminjamkan wang kepada saya dan beliau telah menghalalkan semua hutang tersebut. Kini beliau meminta saya menjelaskan hutang yang telah dihalalkan itu.

Saya jadi risau dan keliru mengenai perkara ini. Minta Ustaz tolong jelaskan apa hukumnya kawan saya yang meminta wang itu dan apa yang perlu saya lakukan. Adakah saya wajib jelaskan hutang yang telah dihalalkan tersebut?

Baru-baru ni abang iparnya datang jumpa saya dan mengarahkan saya supaya menjelaskan hutang itu. Saya sudah terangkan kepadanya dia telah halalkan tapi dia tetap berdegil juga.

Kini ianya menjadi masalah yang besar pula melibatkan keluarga kedua-dua pihak. Kawan saya itu tetap mahukan saya supaya bayar semula. Beliau jua telah memburuk-burukkan saya kepada semua orang. Sedih dan pilu bila seorang kawan buat saya mcm ni.

Tolong beri pandangan dan pendapat apa yang perlu saya lakukan.

Hamba Allah,
(melalui email)


Jawapan:

Islam menggalakkan umatnya menulis hutang dan disertai dengan saksi bagi mengelakkan pertikaian, lupa dan yang paling berbahaya adalah menemui kematian dalam keadaan tiada siapa yang sedar akan hutang kita yang masih tidak berbayar.

Jika ketika berhutang memerlukan tulisan, demikianjuga tatkala ianya di’halal’kan atau dalam kata lain, disedeqahkan oleh si pemberi hutang.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu`amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis” ( Al-Baqarah : 282)

Apabila kedua-dua amalan yang diajar oleh Islam ini tidak diaplikasikan, fenomena di atas mudah berlaku.

Dalam konteks Islam, ketika hutang itu telah dihalalkan secara berlafaz atau sms oleh si pemberi hutang, ia bermakna pemberi hutang telah member sedeqah atau derma kepada anda.

Konsep menghalalkan hutang sehingga menjadi sedeqah ini dipuji oleh Allah s.w.t dalam ayat berikut :-

وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertiya : Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 280 )

Justeru, di ketika ia telah menghalakan hutang itu, aqad ‘hibah’ atau sedeqah telah termeteri dengan sempurna, kerana antara syarat utama sah hibah dan sedeqah adalah ‘qabadh’ atau penerimaan hadiah. Maksudnya jika jiran saya berkata dia ingin menghadiahkan motorsikalnya kepada saya, tiba-tiba sebelum sempat ia menyerahkan kuncinya, ia telah meinggal dunia, tatkal aitu. Hibah belum sempurna dan saya tidak boleh menuntut hadiah itu kerana saya masih belum terima atau ‘qabadh’ motorsikal tu. ‘Qabadh’ motoriskal adalah melalui terimaan kuncinya.

Dalam kes anda, anda telah pun ‘qabadh’ wang itu kerana ia [ada asalnya adalah hutang. Tatkala itu penerimaan hadiah telah sempurna.

Adapun, ia menarik semula hadiahnya atau apa yang telah dihalalkan. Pendirian Islam dalam hal ini adalah seperti berikut :-

1) Sabda Nabi s.a.w


الْعَائِدُ في هِبَتِهِ كَالْكَلْبِ يَعُودُ في قَيْئِهِ

Ertinya : “Orang yang meminta kembali hadiahnya adalah seperti anjing yang menjilat muntahnya” (Riwayat al-Bukhari, 2/914)


Imam Ibn Hajar berkata terdapat tafsiran yang menyebut bahawa penyerupaan sebegini membawa erti meminta kembali hadiah adalah haram. Namun begitu, untuk anjing menjilat muntahnya adalah tidak najis maka ini tidaklah haram. Imam Ibn Hajar menyimpulkannya dengan mengatakan bahawa hadis ini cukup memberikan erti jelas kebencian melampau Islam bagi seseorang bertindak meminta kembali hadiah yang telah diberikannya sehinggakan menyamakannya dengan anjing menjilat muntah. (Fath bari, 5/235)

Nabi juga bersabda :


ليس لأحد أن يعطي عطية فيرجع فيها إلا الوالد فيما يعطي ولده

Ertinya : Tiada sesiapa pun apabila ia telah memberikan sesuatu hadiah kemudian ia menuntutnya kembali kecuali bagi bapa yang memberi sesuatu hadiah kepada anaknya ( Riwayat Tirmizi; Hadis Hasan)


2) Adapun bagi sesiapa yang memberikan hadiah atau pemberian dengan syarat orang yang meneirma memulangkannya dengan lebih banyak. Ia pula dikira sebagai Riba sebegaia yang disebut oleh Ibn Abbas r.a


الربا هو أن يعطي الرجل عطية ليعطى منها أكثر

Ertinya : “Dikira riba adalah apabila seseorang memberi hadiah kepada yang lain sambil disyaratkan memulangkan kembali kepadanya dengan hadiah yang lebih banyak”


Dalam kes anda, keluarga dan individu yang menghalalkannya menafikan ‘halal’ yang telah diberikan dan kembali menuntut hutang dan memburukan anda pula.

Jika telah sampai ke peringkat itu dan anda telah berusaha memhamakannya dari sudut hukum Syariah tetapi ia berdegil, adalah lebih baik jika anda berusaha membayar jumlah ‘hutang yang dihalalkan itu’, hukum haram dan dosa hanya akan ditanggung oleh mereka kerana dikira memakan harta orang lain secara haram.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen