Nak Jimat Kos Tunang Dengan Solekan Sendiri? Elakkan Apply Foundation Menggunakan Beauty Blender Kerana…

Pada mereka yang mahu bertunang, terutamanya kaum wanita pasti mahu mengenakan sedikit solekan supaya wajah berseri ketika keluarga mertua datang bertandang. Ada sahaja yang mahu solek sendiri kerana jimat, tetapi ada juga yang mahu mengupah mak andam untuk bersolek kerana tidak mahir tentang solekan.

Yang tidak mahir tu, pasti sukar untuk mengenali foundation apatah lagi beauty blender.

Kepada mereka yang lebih mahir tentang solekan ini, kebanyakan jurumekap professional akan menggunakan berus ketika apply foundation berbanding dengan span iaitu beauty blender. Bagi MUA (Make Up Artist) yang professional ini terdapat banyak perbezaan apabila menggunakan berus atau span. Dengan teknik yang berbeza pasti akan menghasilkan gaya solekan yang berbeza juga.

Majoriti daripada jurumekap ini mereka mengutamakan pada produk, teknik dan alat solekan yang minimal, tetapi mahukan gaya yang meletup. Mereka juga akan melihat pada permintaan pelanggan, dan tidak mahu berlebihan dalam solekan. Permainan warna adalah sangat penting untuk menyesuaikan dengan kulit wajah juga, supaya tidak putih atau hitam yang keterlaluan.

Jadi, mengapa ya kebanyakan jurumekap professional ini lebih suka menggunakan berus iaitu teknik tradisional, berbanding beauty blender pada masa kini?

1. Hasil-air-brushed.

Untuk menghasilkan base iaitu foundation yang dioleskan sebagai permulaan langkah, perlu lah flawless atau seakan-akan tidak memakai apa-apa. Dengan menggunakan berus, ia sebenarnya mampu menghasilkan solekan yang lebih flawless daripada menggunakan span.

2. Tidak ‘makan’ produk.

Beauty blender atau span ini lebih menyerap produk sekiranya anda sedar situasi ini. Pasti anda merasakan mahu tambah foundation lagi, kerana tidak cukup. Namun apabila menggunakan berus, produk tersebut cukup sahaja untuk coverage wajah anda, dan tidak perlu menambah kuantiti foundation lagi.

3. Lebih terperinci.

Malah, apabila menggunakan berus, ia lebih mudah disapu pada setiap sudut di wajah anda sekiranya anda menggunakan paddle brush. Berus ini juga mampu menyapu di bahagian sudut hidung, dan mampu menjimatkan masa.

Namun….

Sebenarnya ia terpulang pada individu dan teknik yang mereka mampu gayakan kerana tidak semua orang mahir menggunakan berus. Jika tidak mahir, ia mampu menghasilkan garisan halus pada wajah. Oleh kerana itu pentingnya, membasuh berus terdahulu sebelum guna.

Anda juga perlu sentiasa up to date dengan teknik solekan yang baru dan trending, malahan penggunaan berus yang bersesuaian.

Pada mereka yang mahu berjimat dalam kos tunang, boleh ikuti cara solekan ini supaya wajah anda tampak lebih flawless dengan menggunakan berus. Ikuti sahaja teknik daripada jurumekap professional di sosial media dan lihat portfolio mereka semasa mekap pelanggan mereka.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen