Antara Kebaikan Sekiranya Kaum Wanita Dapat Menjaga Diet Pemakanan Dengan Baik.

Ramai diantara kita terlupa bahawa untuk mengurangkan berat badan adalah dengan menjaga pemakanan sebanyak 80% kemudian melakukan senaman sebanyak 20%. Akan tetapi ramai yang melakukan sebaliknya. Melakukan senaman, tetapi tak pula jaga pemakanan. Lepas bersenam pada waktu pagi, terus sarapan nasi lemak dengan teh tarik.

Memang benar sejurus sahaja melakukan senaman, pasti perut mudah berasa lapar. Oleh kerana itu, perlu sarapan yang berserat tinggi. Mengandungi protein dan bernutrisi supaya kita tidak mudah merasa lapar ketika waktu tengah hari.

Banyak kebaikan sekiranya anda mampu menjaga diet pemakanan sebanyak 80%, kerana

1. Jika anda mengikut keperluan kalori yang disarankan, ini adalah untuk mengelakkan masalah berlebihan atau kekurangan zat makanan.

2. Dengan keseimbangan kalori harian dengan senaman mampu mengelakkan masalah gemuk atau obesiti. Kira BMI anda, adakah sudah di skala obesiti?

3. Untuk mengelakkan penyakit-penyakit kronik seperti diabetes (kencing manis), tekanan darah tinggi, kanser dan penyakit jantung.

4. Dapat mengekalkan berat badan yang sihat.

  • Dapat mencapai atau kekalkan berat badan yang sihat berpandukan Indeks Jisim Tubuh (IJT) atau Body Mass Index (BMI) dalam julat yang normal.
  • Dapat mengelakkan penyakit puan seperti kanser Rahim, cyst dan seumpama dengannya.

5. Jangan pula ‘underweight’.

Namun, jika anda juga bermasalah sekiranya under weight (kurang berat badan) kerana ia akan menjejaskan kesihatan. Jadi, tingkatkan berat badan dengan menambah pengambilan makanan dan lakukan senaman untuk membantu meningkatkan selera makan.

6. Dapat membakar kalori dengan sempurna.

Jika anda makan dengan kalori yang disarankan, dapat membantu membakar kalori sekiranya anda melakukan sesuatu kerja dengan aktif. Tenaga > kalori. Oleh itu, tingkatkan aktiviti fizikal, rendahkan kalori dalam pemakanan seperti makanan tinggi gula, lemak dan minyak serta makanan bergoreng.

Selain daripada itu, dah tahu anda makan kalori yang berlebihan pada hari tersebut jangan pula lakukan aktiviti sedentary iaitu aktiviti yang tidak membakar kalori seperti menonton televisyen, menggunakan komputer dalam tempoh yang lama dan menggunakan eskalator atau lif.

7. Menjadi lebih aktif.

Dengan dapat mengawal cara pemakanan, secara tidak langsung membuat kita lebih berdisiplin dan mahu menjadi lebih aktif. Dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti berikut:

  • Menaiki tangga daripada menggunakan lif atau eskalator.
  • Berjalan kaki ke kedai, tempat-tempat ibadat atau di sekitar rumah berbanding memandu.
  • Melakukan kerja rumah secara manual seperti menyapu sampah, mengelap lantai dan membasuh kain dengan tangan.
  • Meletakkan kenderaan jauh sedikit dan berjalan kaki ke tempat yang hendak dituju.
  • Berkebun seperti menanam pokok bunga, sayur dan mengalihkan pasu-pasu bunga.

BERI PERHATIAN KEPADA ZAT-ZAT TERTENTU YANG PENTING UNTUK WANITA.

Terdapat zat-zat tertentu yang amat penting untuk wanita dan sekiranya pengambilannya tidak mencukupi, ia boleh mengganggu kesihatan wanita. Zat-zat tersebut adalah :-

  • Zat Besi: Memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu badan serta diperlukan untuk pembentukan hemoglobin atau sel darah merah. Kekurangannya boleh menyebabkan masalah anemia, iaitu kurang darah merah. Keperluan zat besi amat tinggi semasa mengandung dan menyusukan anak. Sumber zat besi adalah daging merah, hati, kerang dan sayur-sayuran berdaun hijau.
  • Asid Folik: Amat penting untuk wanita terutamanya, sebagai persediaan untuk kehamilan. Kekurangannya boleh menyebabkan kecacatan janin. Asid folik juga diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan koenzim untuk sintesis deoxyribonucleic acid (DNA) dan ribonucleic acid (RNA). Sumber makanan adalah hati, susu, daging merah, bijirin dan sayuran berdaun hijau.
  • Kalsium: Amat penting untuk kesihatan tulang. Kekurangan kalsium menyebabkan tulang menjadi poros, rapuh dan mudah patah atau dinamakan osteoporosis. Susu merupakan sumber makanan yang paling tinggi dengan kalsium. Ambil susu atau produk tenusu seperti keju atau yogurt/dadih setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 1- 3 sajian sehari.

Semoga Bermanfaat Dan Jalanilah Kehidupan Yang Sihat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen