Para Ibu Bapa Sepatutnya Menjadi Orang Yang Pertama Ajar Anak Surah Al-Fatihah. Ikuti Perkongsian Ini.

Mendidik anak seharusnya dimulakan dengan ibu bapa dari rumah, sejak mereka dari kecil lagi. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang seimbang antara satu sama lain, supaya anak-anak dapat didikan yang cukup. Tumbesaran anak-anak kecil dari rumah sangat mempengaruhi mereka apabila mula memasuki alam persekolahan.

Mendidik anak-anak tentang al-qur’an juga, para ibu bapa seharusnya berlumba-lumba untuk mengajar seperti perkongsian dari Puan Nadiah Bakar ini…

********

Memang fitrah kan?

Bila diberikan rezeki anak, tinggi harapan kita untuk memiliki anak yang bijak pandai. Yang sudahpun kenal ABC sejak dalam perut lagi. Yang cemerlang straight A sejak dari zaman sekolah lagi. Saban tahun naik pentas untuk terima hadiah sampailah berjaya memegang skrol yang paling agung dan dibanggakan di universiti.

Namun, walau macam mana hebat dan cemerlang pun kita nak untuk hidup mereka, biarlah ibu ayah yang jadi orang pertama, ajar anak baca surah Al-Fatihah.

Ini pesanan Dr Siti Rohana (pengasas Earlyedukids) yang paling saya ingat sejak lima tahun lepas.

Ustaz Kholid Syamhudi juga ada berpesan hal yang sama.

"Jangan ada yang mendahului kamu untuk mengajarkan surah Al-Fatihah kepada anak kecil, karena ia akan membacanya ketika solat sepanjang hayatnya."

Kenapa kita yang kena rebut peluang jadi orang pertama ajar anak baca Al-Fatihah? Kenapa bukan tunggu ustaz, ustazah di sekolah?

Pertama, kita pernah dengar tentang hadis yang popular ni?

Antara saham akhirat kita nanti ialah ilmu yang bermanfaat, doa anak soleh dan sedekah jariah.

Tiga rahsia yang Tuhan dah bocorkan ni memang bagus sangat jika kita yang ambil kesempatan untuk jadi orang pertama mengajar anak-anak baca Al-Fatihah sebab ia semestinya ilmu yang bermanfaat. Ini juga sedekah ilmu dari kita buat mereka dan proses ajar anak ini pun salah satu proses untuk mendidik anak jadi anak yang soleh solehah bukan?

Kedua, bila anak dah mula solat nanti, setiap rakaat dia akan baca Al-Fatihah.

Waktu tu saham kita kat akhirat "Kaching! Kaching! Kaching!" Meningkat saban hari. 17 kali sehari anak wajib baca Al-Fatihah dalam solat 5 waktunya. Belum campur anak solat sunat Dhuha, Tahajjud, Rawatib lagi. Boleh bayangkan berganda-ganda naik saham tu macam mana?

Santai-santai saja ajar anak.

Bermula sejak mereka masih bayi lagi, ibu ayah boleh baca Al-Fatihah kuat-kuat. Sambil pakaikan baju anak setiap kali lepas mandi. Sambil layan anak main bola. Sambil memandu kereta pun boleh.

Mudah saja kan?

Sampai suatu masa nanti, anak boleh baca Al-Fatihah ni sendiri dengan lancar sebab kita dah pun tanam dalam subconsious mind mereka sejak sekian lama.

Macam kita zikir waktu tidurkan anak, anak hanya mendengar. Otaknya absorb saja apa yang didengar. Sampai masa, eh! Kita terdengar omelan anak sama bunyi dengan zikir yang biasa kita baca depan dia.

Bermula tahun baru 2019 ni, kita masukkan impian yang mudah nak buat dan berbaloi dunia dan akhirat ni dalam Vision Board kita ya.

Kita pun tak tahu bila hayat kita akan ditamatkan. Jadi, dah boleh la siap-siapkan apa yang patut mulai sekarang.

Begitulah.

Yang masih berusaha.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen