“Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu Mengenai Tanggungjawab Guru Ini”, Jika Bukan Kita Siapa Lagi?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesi persekolahan bagi tahun 2019 baru sahaja bermula, di mana ketika ini pelbagai gelagat anak-anak yang baru sahaja menjejakkan kakinya ke alam persekolahan. Ada yang menangis inginkan ibu bapanya menemani dan anda juga yang seronok hingga tidak mahu pulang ke rumah. Pelbagai ragam mereka ini sememangnya akan mencuit hati dan menjadi kenangan terindah buat ibu bapa.



Apabila anak-anak sudah mula bersekolah ini, guru-guru adalah tempat ibu bapa menjadikan rujukan bagi perkembangan anak-anak mereka terutama dalam pembelajaran. Sebagai ibu bapa, kita perlu tahu bahawa guru hanya bertanggungjawab sepenuhnya di sekolah dan bukannya di luar waktu persekolahan. Bahkan guru juga tidak boleh terlalu fokus akan anak anda seorang sahaja.

Banyak perkara yang anda perlu tahu akan tanggungjawab seorang guru ini. berikutan itu, mari ikuti perkongsian daripada Pakar Kekeluargaan, Dr. Taufiq Razif mengenai peranan seorang guru.


5 Benda Mak Ayah WAJIB Tahu Tentang Cikgu.

1. Cikgu ni tempat anak kita bertanya dan menuntut ilmu. Tugas mengasuh dan mendidik anak tu tetap 100% di bawah bahu kita mak ayah

2. Cikgu ni tetap manusia biasa. Bila ada salah dan silap tu tegurlah tapi biarlah dengan saluran yang betul dan dengan cara yang berhikmah

3. Cikgu ni walaupun sporting macam mana pun mereka bukannya kawan anak kita. Mereka tu GURU mereka. Jadi ajarlah anak kita untuk jaga adab dan kata kata dengan guru. InsyaAllah berkat hidup anak kita bila mereka pandai hormat orang yang beri mereka ilmu

4. Cikgu ni besar jasanya pada anak kita. Walaupun nampak cikgu cuma ajar benda yang remeh pada mata kita tapi kita tak tahu mungkin benda remeh tu la yang paling anak kita perlu suatu hari nanti

5. Cikgu ni bebannya banyak dan berat. 1 guru tu kadang nak kena jaga sampai 30 orang murid. Tak mampunya mereka nak fokus kat anak kita sorang je. Jadi, tanggungjawab kita la untuk bagi fokus secara eksklusif pada anak kita sendiri.

Kalau bukan kita, siapa lagi?

                        

p/s : Ni gambar sahabat saya, cikgu Mohd Fadli Salleh tau.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen