“Setakat Merajuk Call Tak Angkat, Whatsapp Tak Reply, Itu Bukan Dugaan Bertunang, Tapi Mengada…”

“Orang cakap dugaan bertunang ni besar dan hebat…”

Tapi sejauh manakah sebenarnya hebat dugaan yang bertunang ni? Dugaan yang bagaimana sebenarnya dikira sebagai dugaan yang besar dan sukar untuk ditempuhi oleh pasangan? Sebenarnya dugaan yang paling besar ketika bertunang sebelum ke jinjang pelamin adalah:

KETIKA ADANYA PIHAK NOMBOR 3.

Pihak nombor 3 ini sama ada pasangan curang, atau masuk campur antara adik-beradik malahan ahli keluarga. Ketika bertunang memang mudah hati dan perasaan digoda oleh syaitan untuk melihat insan lain lebih elok daripada pasangan. Dengan hasutan syaitan inilah yang akan melibatkan pihak nombor 3.

Kalau dugaan sebegini pun tak larat nak hadap, macam mana nak hadapi dugaan ketika berkahwin nanti?

MASALAH KEWANGAN DAN PEKERJAAN.

Masalah besar dan sering dihadapi oleh pasangan adalah, masalah kewangan. Ada juga sebahagian pasangan yang masih belum memiliki kerja tetap untuk menyara keluarga kelak. Dan ada juga individu terpaksa diberhentikan kerja kerana masalah syarikat. Jadi, sudah tentu banyak kekangan dari segi kewangan. Nak yakinkan bakal mertua lagi dengan keadaan sebegini. Pasti mengambil masa yang lama.

Oleh sebab itu, pada mereka yang dalam tempoh bertunang. Bercintalah dengan matang dan rasional.

Janganlah disebabkan whatsapp tak reply cepat, call sekali tak angkat dah mula rasa nak putus. Tunang tak dapat dihubungi selama satu atau dua hari mungkin kerana kerja dipelayaran, dah nak merajuk seminggu.

Jangan terlalu mengikutkan hati dan perasaan sehingga digelar ‘mengada lebih’.

Tak kisah nak merajuk. Tapi jangan pula merajuk seminggu sehingga tawar hati.

Bila pasangan dikatakan dah tak romantik. Kita pun merajuk seminggu…..

Bila dikatakan pasangan dah tak cantik. Taknak tengok muka pasangan lagi…..

Bila dikatakan pasangan dah berubah sikap. Kita pun berubah sikap…..

Ini dinamakan terlalu kebudak-budakan dan mahu membalas dendam di atas perbuatan pasangan. Jika benar sayangkan hubungan kalian, jadilah air ketika api menyemarak.

Kalau setakat whatsapp tak reply pun dah bergaduh besar, macam mana nak hadapi dugaan ketika dalam rumah tangga kelak? Hanya dugaan kecil nak merajuk sampai tak bercakap dengan pasangan, ketika berkahwin nanti, baru tahu tingginya langit.

Jadilah pasangan yang matang dalam bercinta dengan berbincang tentang isu:

  • Nafkah.
  • Hartanah atau Rumah sendiri.
  • Sebagai isteri nak kerja kat rumah atau tidak.
  • Rancang takaful perlindungan dan pendidikan anak-anak.
  • Macam mana nak langsaikan hutang PTPTN, kereta dan sebagainya.
  • Nak hantaran dalam bentuk emas ke?
  • Faraid.
  • Perancangan kewangan.

Dan sebagainya…

Tak kisah nak mengada dengan pasangan, tapi berpada-pada. Jangan sampai ibu bapa tahu masalah sebenar kalian, malu nanti.

“Korang nak putus sebab tak reply whatsapp je?…”


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen