Adik Beradik Mudah Bergaduh, Mungkin Ini Yang Mereka Rasakan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak ini adalah rezeki yang diberikan Allah swt kepada pasangan suami isteri. Ada yang memiliki anak yang ramai begitu juga sebaliknya. Namun memiliki anak-anak yang ramai ini sudah tentulah membuat sebuah keluarga itu kelihatan lebih meriah dengan sikap, telatah dan pergaduhan mereka. Sebab itulah ada diantara suami isteri ini begitu mudah untuk menerima kehadiran orang baru.

Tapi bagaimana pula dengan anak-anak, adakah mereka ini menerima kehadiran orang baru dengan hati yang terbuka ataupun mereka merasakan bahawa diri mereka akan dipinggirkan?

Memiliki seorang abang, kakak atau adik sebenarnya sangat menyeronokkan. Ini kerana anak anda sudah mempunyai kawan secara semulajadi. Hubungan biologi mereka akan menyebabkan keakraban yang lebih lagi dan sebarang pergaduhan yang mungkin terjadi tidak akan berpanjangan.

Apa yang membuatkan adik beradik ini kerap berselisih faham dan mudah memulakan pergaduhan? Berikut adalah puncanya:



Punca-punca adik beradik sering bergaduh.

1. Merasa tidak istimewa lagi.

Sebelum lahirnya seorang adik, anak pertama anda akan berasa istimewa kerana mereka merupakan satu-satunya punca kebahagian dan keseronokan ibu bapa. Namun dengan kehadiran seorang adik, segala keistimewaan seperti ruangan peribadi mereka telah dirampas akibat pertambahan bilangan individu di dalam rumah.

2. Perasaan cemburu.

Ini merupakan antara punca utama terjadinya persaingan antara adik-beradik. Sekiranya salah seorang daripada mereka mendapatkan sesuatu yang lebih, seorang lagi akan berasa cemburu terutamanya jika melibatkan pujian daripada ibu bapa.

3. Berebut perhatian.

Bagi anak-anak, perhatian ibu bapa merupakan perkara yang paling penting untuk mereka. Kehadiran seorang adik yang baharu pula akan mencuri masa, tumpuan serta perhatian anda sekaligus menyebabkan anak yang lebih tua berasa terpinggir.

4. Perlu berkongsi.

Bagi ibu bapa, mainan atau apa-apa barangan yang dibeli adalah untuk kegunaan bersama. Namun tidak bagi anak-anak. Bagi mereka, mainan atau barangan merupakan hak persendirian. Disebabkan ini, mereka gemar bergaduh sesama sendiri demi mendapatkan hak menggunakan sesuatu mainan atau barangan tersebut.

5. Perbezaan peribadi.

Bagi kanak-kanak, individu yang dianggap sebagai kawan adalah individu yang mempunyai banyak persamaan dengan mereka. Namun begitu, jika peribadi sesama adik-beradik sangat berlainan antara satu sama lain, ini akan mengakibatkan persaingan. Sebagai contoh, jika kedua-dua mereka gemar menonton rancangan televisyen yang berbeza tapi ditayangkan pada waktu yang sama, ini tidak langsung akan mengundang persaingan dan pergaduhan.

6. Ketidakadilan.

Kanak-kanak merupakan individu yang sangat mementingkan kesaksamaan. Mereka akan mudah menurut perintah atau arahan anda sekiranya adik-beradik yang lain juga mendapatkan tugasan yang sama. Namun jika bagi mereka tugasan tersebut tidak adil dan berat sebelah, ini akan mendatangkan pergaduhan yang akan mengakibatkan persaingan sesama mereka kelak.


Cara-cara mengendalikan persaingan anak anda dengan adik-beradiknya:

1. Paling penting, anda sebagai ibu bapa tidak boleh membanding-bandingkan anak anda sesama adik-beradiknya. Ini hanya akan mendatangkan perasaan cemburu sekaligus merenggangkan hubungan sesama mereka.

2. Beri tanggungjawab kepada anak anda yang lebih tua untuk menjaga adik-beradik yang lebih muda. Ini dapat menanam sikap matang terhadap anak yang lebih tua selain memupuk perasaan kasih sayang sesama mereka.

3. Hormati privasi anak anda. Sebagai contoh, lindungi barangan setiap barangan peribadi mereka. Jika adik-beradik mahu meminjam barangan tersebut, pastikan anda memberitahu mereka terlebih dahulu dan mengawasi penggunaan barang tersebut.

4. Jangan masuk campur pertelingkahan anak-anak anda. Jika anak anda sudah besar dan mampu berfikir baik buruk sendiri, biarkan mereka menyelesaikannya sendiri. Namun jika anak anda masih kecil dan tidak boleh membuat keputusan sendiri lagi, tenangkan anak-anak anda namun jangan sesekali memenangkan satu pihak dan menyalahkan pihak yang lain.

5. Jangan bertoleransi dengan sebarang keganasan. Anda perlu lebih tegas dalam memastikan anak anda mematuhi prinsip anda ini. Jika masih berlaku, nasihat mereka dengan tegas dan sekiranya berlaku lagi, berikan hukuman yang tidak berat namun setimpal dengan kesalahan mereka.

6. Jangan menghukum seorang anak di hadapan adik-beradik mereka. Ini hanya akan mendatangkan perasaan malu dan benci terhadap adik-beradik yang lain. Jika anda masih berasa perlu untuk melakukan hukuman, lakukannya tanpa pengetahuan anak anda yang lain.

Kadang kala kita merasakan anak-anak kita itu sukar untuk menerima teguran atau kata kita, tapi sebenarnya kita yang tidak cuba fahami apa yang mereka rasakan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen