Panduan Solat Sambil Dukung Bayi Mengikut Cara Yang Betul, Ibu Bapa Wajib Ambil Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya ibu-ibu ini akan lambat menunaikan solat atau solat di saat akhir waktu adalah kerana anak-anak yang tidak mahu berjauhan daripada ibu mereka. Maka terpaksalah ibu-ibu ini menenagkan sedikit anak-anak sehingga bapa mereka ini pulang dari masjid atau terpaksa solat dalam keadaan yang tidak tenang dan khusyuk.

Bagi yang mempunyai anak kecil, pasti sudah biasa akan perkara sebegini, terutama jika anak-anak akan mula meragam apabila ibunya meninggalkannya untuk sementara waktu. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang akan mengganggu ibu mereka dengan memanjat belakang badan, menarik telekung, baring di tempat sujud dan pelbagi lagilah ragam yang mereka akan tunjukan.

Apa yang lebih merisaukan lagi apabila anak-anak ini bermain dengan perkara-perkara yang mungkin akan membahayakan dan mencederakan dirinya. Lagilah ibu-ibu ini tidak tenang untuk menunaikan solat.



Walaupun begitu, jangan menggunakan alasan sebegini untuk anda melengahkan waktu solat. Apatah lagi Islam adalah agama yang memudahkan dan sudah tentu ada cara untuk memudahkan kaum ibu dalam hal ini.

Apabila anda berhadapan dengan situasi ini seseorang ibu itu dibenarkan mendukung bayi sambil bersolat. Perkara ini ada disebut dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Qatadah al-Ansari ra :


"Sesungguhnya Rasullulah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasullulah s.a.w dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud , baginda meletakkannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula." (Al-Bukhari,Sahih al-Bukhari)


                               

Tetapi mestilah patuhi syarat-syarat seperti berikut:

1. Bayi bebas daripada najis. Tukarkan lampin terlebih dahulu sebelum mulakan solat.

2. Kawal pergerakan supaya tidak melakukan pergerakan anggota besar sebnayak tiga kali berturut-turut.

3. Pastikan dada sentiasa menghadap kiblat.

4. Melakukan dalam keadaan benar-benar terpaksa bukannya suka—suka.

Cara solat mendukung bayi:

1. Anak yang didukung perlulah bersih dari segala najis.

2. Memulakan niat solat sambil mendukung bayi.

3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkan di atas dada adalah sunat.

4. Baca surah al-Fatihah seperti biasa dan surah pilihan jika keadaan mengizinkan.

5. Rukuk dengan tangan memegang erat bayi, tak perlu meletakkan tanga di atas lulut kalau kalau tidak dapat melakukannya.

6. Semasa sujud letakkan bayi, dan kemudian didukung semula apabila mahu bangun ke rakaat yang seterusnya.

7. Lakukan langkah ini sehingga selesai solat.



Panduan bergambar:

                                                         

Dibolehkan melakukan pergerakan sekiranya anak melakukan sesuatu yang merbahaya.

Sekiranya ketika solat anak anda melakukan perkara yang merbahaya dan berjauhan daripada tempat anak menunaikan solat, maka dibolehkan melakukan pergerakan anggota yang tidak besar tidak melebihi tiga kali.

Sebagai contoh, melangkah ke belakang, ke sisi dan kehadapan dengan syarat pergerakan besar tidak melebihi tiga kali berturut-turut.

Pastikan dada masih menghadap ke kiblat dan tidak bercakap.

Dibolehkan mempercepatkan solat sekiranya bayi sedang menangis.

Apabila anak kecil anda menangis sehingga menimbulkan perasaan risau dalam diri anda, maka anda dibolehkan untuk mempercepatkan solat anda.

Ada hadis membuktikan bahawa Rasulullah saw turut memendekan solat apabila terdengar tangisan bayi.

Terdapat sebuah hadis Qatadah bahawa Anas bin Malik menceritakan kepadanya.


Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya aku berminat untuk memperpanjangkan solat. Tiba-tiba aku terdengar tangisan anak lalu memendekkan solat kerana aku mengetahui besarnya kesedihan ibu anak itu kerana tangisannya.”


Sememangnya Islam adalah agama yang sempurna. Dalam memastikan agar umat Islam terus mendirikan solat dengan sempurna ia menyediakan pelbagai kemudahan buat mereka yang berhadapan dengan situasi sebegini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen