Amalkan Konsep Rumah Yang Minimal Supaya Dapat Mendidik Anak Dengan Lebih Tenang Dan Efektif.

Sudah lumrah masyarakat Malaysia mempunyai banyak perabot di rumahnya. Terlalu banyak perabot di rumah sehingga mudah anak-anak kecil untuk mencapai dan dibawa main. Dan ketika inilah berlaku perbalahan antara ibu bapa dan anak-anak kerana takut dengan perabit yang mudah pecah.

Akan tetapi sepatutnya, ibu bapa perlu tahu bahawa konsep ‘minimal’ dalam rumah sebenarnya lebih mudah untuk mendidik anak-anak. Persekitaran rumah adalah perkara asas yang penting dapat mempengaruhi minda anak-anak.

Jadi, jom amalkan konsep rumah yang minimal dan simplicity parenting melalui perkongsian dari Puan Farhan....

1. Persekitaran Rumah.

Pastikan kawasan rumah dan barang yang ada di dalam rumah adalah selamat, kalis air dan tidak bahaya. Jadikan persekitaran rumah kita sebagai “ZON MESRA KANAK-KANAK” dimana anak-anak bebas berlari tanpa ibu bapa tidak perlu risau mereka akan terjatuh, terkena bahan-bahan yang tajam atau berbahaya.

2. Meminimalkan Barang.

Kita perlulah meminimalkan barang yang terdapat di dalam rumah seperti baju dan alat permainan anak-anak. Kita boleh asingkan atau menjual baju-baju dan mainan yang tidak digunakan lagi. Pilih mainan yang bagus dan terbaik untuk perkembangan anak-anak sahaja.

Menurut kajian, sebenarnya kanak-kanak tidak memerlukan barang permainan yang banyak. Bila kita meminimalkan alat permainan, anak-anak akan lebih focus bermain daripada menyepahkan dan berebut mainan antara satu sama lain. Logikkan?

Ada 3 jenis permainan yang akan membuatkan anak-anak kita tidak perlu bergantung kepada alat permainan semata-mata. Antaranya,

a) Trial and Error Play: Proses bermain semulajadi seperti anak merangkak dan berguling-guling di sekeliling rumah dan sebagainya yang tidak memerlukan sebarang alat permainan.

b) Touch and Experience Play: Adalah lebih baik anak-anak bermain dengan benda yang sebenar seperti buih, pasir, tanah dan sebagainya kerana dapat merangsang hampir keseluruhan sensori mereka dengan baik.

c) Imaginary Play: Anak-anak berlakon atau bermain olok-olok menjadi cikgu, doktor, chef yang sibuk di dapur. Permainan seperti ini mampu meningkatkan kreativiti dan imaginasi anak-anak tentang sesuatu perkara yang berlaku disekeliling mereka.

3. Jadual Dan Rutin

Ubahsuai jadual harian anak supaya anak tidak terlalu terikat dengan aktiviti akademik semata-mata. Berikan mereka peluang dan masa untuk diri mereka sendiri untuk melakukan aktiviti yang mereka suka.

Ibu bapa juga perlu cuba mewujudkan rutin yang ringkas dalam kehidupan harian anak-anak seperti:

  • Bangun jam 6 pagi.
  • Sarapan jam 7 pagi.
  • Makan malam 7 petang.
  • Ulangkaji 8 malam.
  • Tidur 10 malam.

Apabila mereka mempunyai rutin harian ringkas seperti ini, kehidupan mereka akan lebih lancar dan mereka akan lebih tahu apa yang perlu dilakukan setiap hari tanpa perlu disuruh-suruh atau dimarahi oleh ibu bapa. Ibu bapa juga akan kurang tekanan!

4. Hidangan Keluarga.

Kurangkan hidangan dimeja, tidak perlu memasak sehingga 4 hingga 5 hidangan dalam suatu masa. Cukup sekadar 1 atau 2 hidangan yang sihat dan lengkap untuk keluarga.

Apabila kita kurangkan masa di dapur, sudah pasti kita akan lebih banyak masa untuk diluangkan bersama anak-anak. Bonding Time lebih berkualiti dan ibu-ibu sudah pastinya tidak letih mengusap peluh didapur!

5. Tugasan Harian.

Jadikan kerjasama itu nilai pegangan dalam keluarga. Agihkan tugas harian bersama-sama suami dan anak-anak. Kalau ibu masak, ayah tolong jaga anak. Mudahkan? Jadi ibu tidak perlu menanggung keletihan dan bebanan seorang diri sahaja di rumah.

Emosi ibu sangat penting dalam menentukan ‘cuaca’ sesebuah keluarga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen