Antara Sebab Mengapa Kita Wajib Untuk Menjaga Hubungan Kekeluargaan Menurut Islam.

Menjaga hubungan silaturahim antara ahli keluarga adalah penting, kerana ia menunjukkan sikap kita yang sebenar. Melalui hubungan dengan keluarga sahaja, orang luar atau masyarakat boleh hidu atau nilai kita orang yang bagaimana apabila menguruskan sesuatu. Jika keluarga sendiri pun susah nak jaga, tidak hairan kita sukar mengurus perkara yang penting.

Dan dari sini juga kita akan digelar family person atau pun tidak.

Oleh sebab itu, pentingnya suasana yang positif dan berlandaskan syariat dalam rumah supaya dapat mendidik ahli keluarga mementingkan suasana sebegini di luar rumah juga.

Rumah yang kacau bilau, akan menjurus ke arah keluarga yang berpecah belah dan ia menandakan hubungan kekeluargaan yang tidak harmoni. Jom lihat mengapa wajib untuk kita menjaga hubungan silaturahim antara keluarga:

1. Untuk Membuktikan Ketaatan Kita Terhadap Allah SWT.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda;

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” [Hadis Riwayat Bukhari]

Daripada hadith ini sahaja telah menunjukkan sesiapa sahaja yang memecahbelahkan silaturahim adalah salah seorang muslim yang tidak taat pada Allah SWT.

2. Akan Dipanjangkan Umur Dan Dimurahkan Rezeki.

Rasulullah SAW bersabda;

“Sesiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” [Hadis Riwayat Bukhari.]

Keluarga juga adalah amanah dari Allah SWT untuk kita jaga. Apabila kita menjaga amanah Allah, dengan izin Allah akan diberi keberkatan hidup melalui dengan kurniaan umur dipanjangkan dan dilimpahi rezeki.

3. Untuk Mendapat Ganjaran Syurga.

“‘Dari Abu Ayyub al-Anshori r.a bahawasanya ada seorang laki-laki yang berkata Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku akan amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan diriku dari api neraka’.

Lalu Rasulullah SAW bersabda;

‘Engkau beribadah kepada Allah semata dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apapun, menegakkan solat, menunaikan zakat, dan menyambung tali silaturahim’.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

4. Akan Disayangi Allah SWT.

Sesiapa sahaja yang berupaya untuk menyambung silaturahim antara saudara mereka, dengan izin Allah akan disayangi oleh-Nya. Malah akan mendapat pujian dan sanjungan dari Allah SWT kerana menjadi hamba yang begitu mulia dalam menjaga hubungan kekeluargaan ini.

5. Allah Akan Menyambung Hubungan Dengan Orang Yang Menyambung Silaturahim.

Sesungguhnya Allah SWT akan menyambung hubungan-Nya dengan golongan hamba-Nya yang menyambung tali silaturrahim, tapi Allah juga akan memutuskan hubungan dengan golongan yang memutuskannya.

Seperti sabda Rasulullah SAW;

“Sesungguhnya Allah menciptakan makhlukNya, hingga apabila Dia selesai dari menciptakan mereka, rahim akan berdiri dan berkata,

‘Ini adalah tempat berdiri orang yang berlindung kepada-Mu dari memutuskan tali silaturrahim.’

Allah berfirman:

‘Ya, tidakkah engkau redha bila Aku menyambung orang yang menyambungmu dan memutuskan orang yang memutuskanmu?’

Rahim berkata: ‘Tentu saja.’

Allah berfirman: ‘Maka, itu menjadi milikmu’.”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

6. Akan Disayangi Oleh Sesama Manusia.

Apabila kita dapat menjaga hubungan silaturahim antara keluarga, kita akan disayangi oleh Allah SWT, begitu juga dengan mereka di sekeliling kita. Semakin erat sebuah keluarga tersebut, semakin sayang orang disekeliling terhadap kita.

Jika kita seorang yang tidak penyayang, sombong, sukar membantu ahli keluarga dikala kesusahan, malah suka mengambil kesempatan di atas kesempitan, maka pasti akan dapat celaan dari Allah SWT, apatah lagi dari orang ramai.

Maka Peliharalah Hubungan Silaturahim Antara Keluarga Kita Dengan Baik!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen