Kasut Tumit Tingggi Sememangnya Bergaya Tetapi Menjejaskan Kesihatan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita biasanya mempunyai beberapa koleksi kasut untuk kegunaan harian mereka. Ada yang suka mengenakan sandal, selipar, kasut sukan, dan pelbagai jenis lagi. Dan yang paling penting adalah, wanita akan mempunyai kasut tumit tinggi walaupun hanya sepasang.

Ada sesetengah wanita akan menggunakan kasut tumit tinggi pada setiap hari dan ada juga yang tidak. Bagi mereka penggunaan kasut tinggi ini akan membuat mereka lebih menawan dan juga elegant terhadap penampilan mereka pada hari itu dan sekaligus membuat mereka tampil lebih yakin.

Walaupun penggunaan kasut tumit tinggi ini sedikit menyakitkan kaki, tapi kebanyakan wanita masih lagi menggunakannya dalam rutin harian. Sebab mereka percaya akan kata-kata seperti beauty is pain. Namun ramai yang tidak sedar bahawa kasut tumit tinggi ini mampu menjejaskan kesihatan tubuh badan. Mari ketahui mengenai kasut tumit tinggi dengan lebih lanjut.



Fakta penggunaan kasut tumit tinggi.

Statistik menunjukkan bahawa kasut tumit tinggi adalah salah satu faktor terbesar yang menyebabkan masalah kaki dalam kalangan wanita, sehingga mengalami masalah kekal sebagai akibat daripada penggunaan yang berpanjangan. Walaupun kasut tumit tinggi ini mempunyai nilai (harga) yang lebih tinggi, namun ia boleh menyebabkan perubahan postur badan dan menjejaskan kesihatan anda.

                          

Bagaimana kasut tumit tinggi menjejaskan kesihatan?

Tubuh seorang wanita akan cuba untuk mengimbangi tumit yang disebabkan oleh lenturan pinggul dan tulang belakang ke hadapan. Untuk mengekalkan keseimbangan, betis, pinggul dan otot belakang menjadi tegang. Akhirnya, ini menjadikan keletihan otot yang berlebihan dan ketegangan. Lama kelamaan, penggunaan kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan otot betis menjadi kejang dan bonjol (bulge).


                         

1. Belakang.

Bentuk lengkung normal belakang berfungsi sebagai penyerap kejutan, mengurangkan tekanan pada vertebra. Memakai kasut tumit tinggi menyebabkan tulang belakang lumbar (berkaitan dengan bahagian bawah belakang tubuh) mengembang dan anjakan posterior (terletak berham­piran dgn bahagian belakang) kepala dan tulang belakang toraks.

Kasut tumit yang tinggi menyebabkan anda bersandar ke hadapan dan tubuh tindak balas terhadapnya untuk mengurangkan lengkung ke hadapan di belakang anda bagi membantu mengekalkan kedudukan belakang anda. Penyelarasan yang tidak baik mungkin menyebabkan terlalu banyak penggunaan otot dan sakit belakang.

2. Postur.

Kasut tumit tinggi meletakkan peningkatan tekanan pada bahagian hadapan kaki menyebabkan anda menyesuaikan seluruh tubuh untuk mengekalkan keseimbangan. Bahagian bawah badan anda bersandar ke hadapan, dan untuk mengimbanginya, bahagian atas badan anda harus bersandar untuk memastikan anda seimbang.

3. Perubahan anatomi.

Penggunaan tumit tinggi setiap hari selama beberapa tahun sebenarnya boleh menyebabkan perubahan dalam anatomi anda. Kasut tumit tinggi meletakkan tekanan yang tidak wajar pada bahagian belakang dan lutut kerana berat badan beralih ke hadapan.

Tambahan pula, otot betis boleh memendek dan tendon boleh menebal. Gelinciran satu vertebra ke hadapan kerap berlaku akibat memakai kasut tumit tinggi, terutamanya di kawasan lumbar di tulang belakang di mana berat badan tertumpu.

4. Stenosis foraminal.

Stenosis foraminal adalah keadaan saraf tulang belakang yang berlaku apabila keabnormalan anatomi menghalang atau mengurangkan ruang dalam satu atau lebih foramina. Stenosis foraminal di bahagian bawah boleh menyebabkan simptom kesakitan, kebas, kesemutan, kelemahan otot dan kekejangan melalui punggung dan bawah kaki. Sciatica, yang disebabkan oleh mampatan saraf sciatic, adalah istilah yang sering dikaitkan dengan set tertentu simptom bawah badan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen