Buat Yang Gemar Membeli Barang Di atas Talian, Ini Cara Selamat Untuk Elak Anda Ditipu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun membeli atas talian kini telah mendapat tempat di masyarakat negara ini, namun sebagai pengguna kita harus lebih berhati-hati dalam melakukan pemindahan wang kita. Hal ini kerana. Tidak semua penjual itu akan bersikap jujur dan amanah dalam melakukan urus niaga.

Ada sahaja yang akan cuba mengambil kesempatan dengan mendapat pendapatan secara menipu mereka-mereka yang tertarik dengan barangan yang ada. Sebagai seorang pembeli kita perlulah selalu berwaspada untuk mengelakkan agar tidak ditipu selepas melakukan sebarang pindahan wang.



Jadi bagaimana kita hendak memastikan bahawa kita tidak ditipu ketika berurus niaga di atas talian ini? Beriku adalah caranya.

                                 

1. Identiti, lokasi dan butiran berhubung peruncit elektronik perlu dikenal pasti.

Sebelum melakukan sebarang urusan atas talian, identiti peruncit elektronik berkenaan perlu dikenal pasti. Seseorang pembeli harus perlu memastikan bahawa mereka sedang berurusan dengan jenama peruncit elektronik yang dikenali, sebagai contoh; Zalora dan Lazada.

Bagaimanapun, untuk menentukan identiti peruncit atas talian yang kurang popular, pembeli harus mendapatkan nama, nombor pendaftaran syarikat untuk negara anda, butiran perhubungan yang termasuk e-mel, alamat pos dan nombor telefon serta petunjuk yang jelas di mana ibu pejabat syarikat itu terletak.

2. Dapatkan maklumat lanjut mengenai reputasi syarikat.

Selepas mengenal pasti identiti sesebuah peruncit elektronik, pembeli harus memastikan syarikat itu mempunyai reputasi yang baik di kalangan pembeli atas talian.

Anda harus membaca ulasan pembeli yang pernah berurusan dengan peruncit berkenaan untuk mengetahui kelebihan serta kelemahan perdagang berkenaan. Hal ini kerana, kadang- kala sesebuah peruncit yang reputasi baik mungkin berhadapan dengan masalah perkhidmatan seperti penghantaran yang lambat atau penjualan produk yang tidak berkualiti.

Jadi, ia adalah penting untuk mengetahui ulasan berkenaan peruncit atas talian untuk mengelakkan diri dari isu pembelian atas talian.


3. Guna laman web selamat jika melakukan pembayaran atas talian.

Sebaik sahaja anda berpuas hati dengan syarikat berkenaan, pembeli atas talian harus memastikan bahawa butir-butir kad kredit diproses menggunakan sambungan yang selamat.

Sambungan enkripsi selamat yang sering digunakan ialah Secure Sockets Layer (SSL).

SSL menyulitkan data supaya maklumat berkenaan tidak dapat dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin mengodam laman tersebut.

Antara perkara yang boleh diberi perhatian URL sesebuah laman. Layari laman yang mempunyai https kerana tanda "S" menunjukkan laman web tersebut mempunyai 'security' .

4. Rekod butir pembelian.

Butir-butir seperti masa, tarikh, nombor resit dan pengesahan pesanan perlu direkodkan oleh pembeli sebagai satu bentuk bukti pembelian.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen