“Bukan Materialistik, Tapi Zaman Sekarang Dah Tak Macam Dulu..” Antara Sebab Wanita Memilih Lelaki Yang Lebih Stabil Kewangannya.

Ada beza antara wanita yang pisau cukur atau materialistik dengan wanita yang mementingkan kestabilan kewangan terhadap pasangannya.

Wanita yang pisau cukur ini hanya mengambil kesempatan di atas kekayaan seseorang lelaki, untuk manfaatnya sendiri sahaja. Sebagai contoh, lepas sahaja dapat duit, terus nak beli bag, telefon bimbit, minyak wangi atau melancong. Semua yang indah sahaja. Namun, tidak mahu mengambil risiko sekiranya lelaki tersebut mengalami kekangan kewangan atau lebih parah muflis. Tiba-tiba hilang begitu sahaja.

Manakala wanita yang mementingkan kestabilan kewangan pula, sanggup bersusah payah daripada lelaki yang berpangkat kecil sehinggalah lelaki itu berjaya. Dan sanggup mengambil risiko sekiranya lelaki itu dalam kesusahan dari segi kewangan.

Daripada kerja part-time sehingga dapat kerja tetap (permanent)

Daripada duit gaji beratus-ratus, sehinggalah dinaikkan pangkat mendapat gaji beribu-ribu.

Daripada jual burger kat tepi jalan, sehingga ada franchise sendiri.

Bukan mudah untuk seorang wanita menunggu lelaki berjaya.

WANITA ZAMAN SEKARANG LEBIH BIJAK DALAM PERANCANGAN KEWANGAN.

Pada masa kini, dengan ekonomi negara yang tidak stabil, kewangan sesiapa sahaja menjadi sukar untuk diurus.

Dengan kos sara hidup yang tinggi….

Harga barang semakin meningkat….

Barang bayi juga semakin meningkat harganya….

Membuatkan para wanita berfikir panjang tentang hal ini.

Nak kahwin zaman sekarang, kos nak buat majlis bukan macam dulu lagi. Disebabkan perkara di atas menyebabkan para wanita berfikir untuk jangka masa yang panjang. Bukan semata-mata untuk perkahwinan sahaja. Perancangan kewangan juga perlu lah dibuat untuk selepas perkahwinan juga.

LELAKI YANG STABIL KEWANGANNYA AKAN MENJAMIN MASA DEPAN.

Memang sukar untuk kita lihat lelaki muda zaman sekarang berjaya merancang kewangan. Oleh kerana itu, setelah berkahwin si isteri yang menjadi gabenor kewangan kerana kaum lelaki kurang cekap dalam hal ini. Jika perkara kecil pun mudah terlupa, stokin terlupa letak kat mana, inikan duit yang beratus pula mahu diuruskan.

Bila dah stabil, pasti ada rumah yang selesa. Lelaki ini bukan sahaja memikirkan keselesaannya untuk hidup bujang malah memikirkan tentang masa depan seperti bakal isterinya kelak.

“Mesti la kena ada rumah sendiri, nanti dah kahwin untuk isteri dan anak-anak juga, bukannya orang lain…”

Keselesaan inilah yang wanita cari. Apabila semasa bujang sudah bersusah payah mencari duit simpanan nak kahwin atau beli rumah, mesti lah selepas itu mahukan keselesaan pula. Tiada siapa pun yang tidak suka pada keselesaan ini.

Di samping itu, memiliki kenderaan yang mampu membawa mereka ke mana sahaja.

Tidak kisah kereta jenis apa, motor yang macam mana asalkan dapat membantu bergerak ke kampung halaman. Bila di awal perkahwinan hanya memiliki motor sahaja, tanam lah azam untuk memiliki kereta yang mampu milik pula.

Jika mencari rezeki berlandaskan syariat, Insya Allah, Allah pasti akan menolong anda. Yakin pada-Nya.

PENTINGNYA ILMU KEWANGAN.

Sebab itu pentingnya ilmu kewangan. Masa di Universiti, pelajar mana yang lebih ramai di kelas matematik? Akaun? Ekonomi? Majoritinya pelajar perempuan yang minat untuk belajar dengan subjek ini. Pelajar lelaki lebih kepada praktikal dan kritikal.

Tak rugi pun belajar tentang kewangan. Sebab itu ramai dikalangan lelaki pada zaman sekarang begitu sentap sekiranya kaum wanita memilih lelaki yang lebih stabil kewangannya. Sebab diri sendiri yang tiada usaha untuk belajar. Tiada usaha untuk upgrade diri sendiri.

Jangan Terlalu Salahkan Kaum Wanita Sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen