Antara Sebab Anda Untung Sekiranya Memiliki Teman Lelaki Yang Bijak Merancang Kewangan.

Sebagai kaum wanita, sudah pasti anda melihat pelbagai aspek apabila mahu memilih bakal suami. Bukan sahaja dari segi agama dan akhlak sahaja, malah dari segi kewangan juga perlu kukuh. Kewangan yang stabil bukan bermaksud memiliki harta dan duit yang banyak semata-mata, akan tetapi bagaimana bakal suami anda menguruskan wang dengan bijak.

Untuk survive dengan hidup masa kini yang semakin hampir tahun 2020, seorang lelaki bukan sahaja perlu menjadi pelindung pada seorang wanita seperti superman yang berbadan sado, fikiran juga perlu bijak.

Seorang lelaki yang bijak, terutamanya dalam bab kewangan ini akan;

1. Tiada hutang.

Lelaki ini tidak suka berhutang. Setakat hutang puluhan ringgit pun lelaki ini tidak suka. Lebih baik usaha sendiri kerana wang ringgit boleh dicari dengan kerja sampingan. Kereta second hand bayar tunai. Motor pun bayar tunai. Telefon bimbit pun pakai prepaid. Ada lagi ke lelaki zaman sekarang yang pakai prepaid lagi? Sebab zaman sekarang semua nak pakai postpaid.

Bukan lelaki ini tidak suka pada komitmen, cuma mahu mudah dan selesa untuk jangka masa yang panjang.

2. Tidak suka meminjam wang dari kawan.

Bila tiada hutang sudah semestinya tiada pinjaman yang dibuat dari kawan-kawan. Selalunya lelaki sebegini tidak pernah berhutang dengan mana-mana rakannya, cuma rakan-rakannya sahaja yang banyak berhutang dengan dirinya. Situasi ini akan menjurus dirinya tidak pinjam wang dari kekasihnya juga.

3. Tak suka lihat kekasih hati bersusah payah tentang dirinya.

Perempuan kalau dah sayang, sanggup berkorban apa sahaja…

Namun, lelaki ini sangat menghargai sekiranya kekasih hatinya boleh belanja dirinya juga. Akan tetapi, setiap perbelanjaan teman wanita ke atas dirinya akan dibayar balik kerana tidak mahu manjakan dirinya dengan duit teman wanitanya. Ini disebabkan dirinya tahu setelah berkahwin nanti, dia perlu memberi nafkah kepada isterinya kelak.

4. Pentingkan perbelanjaan ibu bapa.

Malah lelaki ini juga lebih mementingkan perbelanjaan kedua ibu bapanya. Setiap bulan sahaja pasti ada duit belanja diberikan pada kedua orang tuanya. Tiada istilah ‘nafkah couple’ dan seumpama dengannya. Dah kahwin baru ada nafkah, ketika bujang perbelanjaan ibu bapa yang penting.

5. Sentiasa bersedekah.

Lelaki ini sering bersedekah dimana sahaja dia pergi. Lelaki ini juga peruntukan beberapa peratus dari gajinya untuk bersedekah pada mana-mana badan kebajikan. Malah lelaki ini sentiasa membuat kerja-kerja amal untuk membantu orang yang tidak berkemampuan bukan semata-mata untuk dilimpahi rezeki tetapi untuk memudahkan orang-orang seperti ini.

6. Tidak merokok.

Dan yang penting juga, lelaki yang ingin menjaga kewangannya tahu kesan merokok pada dirinya. Bukan sahaja buruk untuk kesihatan, malah akan mengalami kewangan negatif dimana perbelanjaan melebihi pendapatan. Sudah tentu merokok akan memberi impak yang negatif pada isteri dan anak-anak kelak.

Adakah Teman Lelaki Anda Ada Ciri-Ciri Begini?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen