Antara Menu Menarik Untuk Mereka Yang Mahu Berdiet.

Dah masuk tahun baru ni, jom la kita berlumba-lumba untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Banyak manfaat apabila kita sentiasa menjaga kesihatan badan, bukan sahaja untuk mencegah sebarang penyakit, malah kita menjadi lebih gembira kerana memiliki badan yang ringan.

Jom lihat antara makanan dan menu yang anda boleh cuba:

1. Overnight oat.

Untuk membuat overnight oat, bahan yang anda perlukan ialah rolled oat, susu segar, yogurt asli, madu, dan buah-buahan pilihan anda.

Image result for overnight oat

Kredit Foto: FoodieCrush

Apa itu rolled oat? Rollled oat ialah oat ialah oat mentah yang belum dimasak seperti oat biasa. Ia juga lebih tebal berbanding oat biasa. Kalau anda nak kurus, rolled oat adalah pilihan terbaik kerana kandungan kalori dan kadar serapannya yang jauh lebih baik.

Macam mana cara nak buat rolled oat? Caranya ialah:

  • Masukkan rolled oat ke dalam bekas
  • Masukkan susu segar dan yogurt asli
  • Masukkan sedikit madu
  • Masukkan buah-buahan pilihan anda. Anda juga boleh masukkan chia seed jika mahu
  • Simpan dalam peti sejuk semalaman. Seeloknya anda buat sebelum tidur
  • Pagi esok, anda boleh makan sebagai sarapan

Di antara buah-buahan yang sedap dimasukkan ke dalam overnight oat ialah:

  • Pisang
  • Strawberi
  • Kurma
  • Kiwi
  • Mangga
  • Kismis
  • Delima

Selain buah-buahan, anda juga boleh masukkan kekacang seperti almond, pecan, macadamia, dan pistacio. Anda juga boleh jugakan coklat chips dan perisa vanila jika suka.

2. Makanan berasaskan telur.

Ramai yang berkongsi pengalaman berjaya kurus dengan mengamalkan diet telur. Anda boleh jadikan telur sebagai menu dalam diet seharian anda. Terdapat pelbagai masakan yang boleh anda buat dengan menggunakan telur. Di antaranya ialah:

Related image

Kredit Foto: Channel Muslim

  • Telur rebus
  • Telur separuh masak
  • Telur mata
  • Telur dadar
  • Scrambled egg
  • Egg roll

3. Pisang.

Selain menu berasaskan telur, menu berasaskan pisang juga dikatakan mampu menurunkan berat badan dengan cepat. Menu diet menggunakan pisang juga agak murah kosnya berbanding buah-buahan yang lain. Anda boleh makan pisang dengan cara sihat yang berikut:

Related image

Kredit Foto: Google

  • Dimakan begitu sahaja sebagai snek
  • Dikisar menjadi smoothie
  • Dimakan bersama bijirin penuh
  • Dimakan bersama rolled oat
  • Direbus
  • Disalai
  • Dikukus
  • Dibakar

4. Menu berasaskan ayam.

Menu berasaskan ayam juga sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Ada pelbagai menu diet yang boleh anda buat menggunakan ayam. Di antaranya ialah:

Image result for menu diet ayam

Kredit Foto: Vemale

  • Sup ayam
  • Ayam kukus
  • Ayam grill
  • Ayam panggang
  • Ayam barbeku
  • Chicken wrap

5. Grilled salmon, sayur kukus, dan nasi beras perang.

menu diet

Kredit Foto: Bewell

Menu diet yang ini pasti buatkan anda tergoda. Nak menyediakan pun sangat senang. Anda cuma perlu grill salmon selama 5 minit. Kukus sayur pilihan seperti brokoli, kobis bunga, atau kacang buncis dan masak satu genggam nasi beras perang. Ianya bukan sahaja sedap dan memberikan tenaga malah anda akan berasa kenyang dengan lama.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen