Anak Remaja Sepatutnya Aktif Bersukan, Bukan Asyik Bermain Telefon Bimbit Sahaja.

Anak remaja yang kian membesar, jangan disekat pergerakkannya terutamanya dalam melibatkan diri bersukan. Anak remaja memang seharusnya sentiasa aktif bergerak supaya dapat meningkat stamina, dan metabolism. Jangan lah ibu bapa terlalu kerap memberi anak-anak makan fast food di samping bermain telefon bimbit 24 jam.

Tidak hairan sekiranya, muda-muda lagi metabolism menjadi rendah dan mudah naik berat badan. Bersukan amat penting untuk anak remaja kerana untuk:

  • Membantu membina tulang dan otot yang sihat.
  • Membantu mengawal berat badan.
  • Mengurangkan tekanan (stres).
  • Meningkatkan keyakinan diri.
  • Mengawal tekanan darah dan tahap kolesterol.

Malah anak remaja yang aktif bersukan perlukan :

  • Tenaga yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal serta aktiviti fizikal.
  • Karbohidrat yang mencukupi untuk menyimpan bekalan tenaga.
  • Protein yang mencukupi untuk pertumbuhan tetapi tidak berlebihan kerana ia boleh meningkatkan risiko dehidrasi
  • Air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi dan meningkatkan stamina.
  • Lemak yang mencukupi tetapi tidak berlebihan.
  • Pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan dan prestasi (contoh : zat besi dan vitamin-vitamin B).
  • Pelbagai sumber kalsium dan vitamin D untuk memastikan tulang sihat.
  • Makanan yang kaya dengan zat besi untuk mencegah anemia yang boleh mengurangkan stamina dan tahap pencapaian.
  • Pelbagai jenis makanan mengikut keperluan kalori.

Waktu Makan pula, ibu bapa disarankan untuk mengikuti panduan ini sebagai contoh;

Sarapan.

  • 2 keping roti dengan marjerin
  • 1 biji telur
  • ½ cawan bijirin sarapan
  • 1 potong betik
  • 1 gelas susu rendah lemak

Minum Pagi.

  • 2 keping karipap
  • 1 gelas susu soya

Makan Tengah Hari.

  • 2 cawan nasi
  • 1 ketul ayam / ikan
  • 1 mangkuk sup sayur campur + tauhu
  • 1 cawan daun salad dan timun
  • 1 gelas air kosong
  • 1 biji pisang

Minum Petang.

  • 1 cawan bubur kacang hijau
  • 1 cawan teh
  • Makan Malam
  • 1 mangkuk mi sup (dengan ayam / daging, bebola ikan dan sayur-sayuran)
  • 1 potong jambu batu
  • 1 gelas air kosong

Minum Malam.

  • 3 – 6 keping biskut
  • 1 gelas susu rendah lemak

Namun, para ibu bapa jangan galakkan memberi anak remaja suplemen tambahan pula…

Walaupun suplemen vitamin dan mineral boleh memperbaiki status pemakanan seseorang yang mengambil hidangan yang kurang kandungan nutrien, tiada data saintifik yang menyokong penggunaan suplemen makanan secara am untuk meningkatkan prestasi anak-anak yang bersukan.

Suplemen vitamin dan mineral mungkin akan memberi kepercayaan yang salah, di mana peningkatan prestasi akan dikaitkan dengan suplemen dan bukannya atas usaha serta latihan gigih yang dilakukan.

Dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang jenis suplemen makanan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen