Jom Lihat Personaliti Suami Anda Melalui Pelukan Mereka.

Bahagianya si isteri sekiranya suami yang suka berpelukan ini kerana kadang-kala lelaki sukar untuk mengekspresikan perasaannya, terutama setelah berkahwin. Malah menjadi semakin tidak romantik pula selepas berkahwin. Namun, anda perlu bersyukur sekiranya suami masih suka memeluk anda.

Isteri mana yang tak suka kena peluk, kan?

Jom lihat personaliti suami anda daripada gaya pelukannya…

1. Pelukan merangkul.

Pelukannya seperti macam nak tak nak peluk sahaja. Hanya rangkul bahu atau pun merangkul pinggang anda. Walaupun isteri suka dengan rangkulan, namun tidak pasti personalitinya. Suami yang suka merangkul ini dikatakan kurang romantik dan kurang sensitif dengan emosi isterinya. Kebiasaannya, suami selepas kahwin memang tak ramai boleh jadi romantik. Normal la tu.

Namun, jangan pula anda salah sangka, walaupun tak romantik tapi bila isterinya dalam kesusahan, si suami sanggup melakukan apa sahaja. Dah kata isteri, mestilah sayang, kan…

2. Pelukan mendakap.

Pelukan dalam dakapan, pasti dapat merasa kehangatan tubuh badan.

Suami yang suka mendakap isterinya kelihatan seorang yang sangat penyayang, bercakap lembut dan sukar untuk berkasar, malah terlalu mengambil berat. Suami ini adalah seorang yang Over Protective. Kadang-kala si isteri akan berasa sedikit rimas kerana suaminya terlalu mengongkong dan mengawal dirinya kemana sahaja dia pergi.

Suami ini juga kelihatan seolah-olah superhero dan mahu kelihatan kuat di depan isterinya, kerana itu mereka ini over protective. Namun, luaran nampak gagah, dalam hati ada taman rupanya. Suami ini berhati sensitif tau. Jadi, jangan selalu sakitkan hati mereka dan jangan mudah melenting.

3. Pelukan dengan tangan terbuka.

Pelukan dengan terbuka ini hanya sekejap sahaja. Tangannya sentiasa terbuka jika isterinya mahu memeluknya dalam waktu yang singkat. Kita juga selalu melihat individu yang memberi pelukan ini adalah apabila berjumpa dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Tangannya didepangkan seluasnya seperti mengalu-alukan kehadiran kawannya.

Suami ini adalah seorang yang peramah dan mudah berkomunikasi dengan orang asing. Seorang yang ramai kawan, dan kawan-kawannya sangat mengharapkan bantuan darinya. Memang ramai yang senang dengan suami anda.

4. Pelukan dengan mendekatkan kepalanya.

Pelukan ini dapat dilihat apabila si suaminya lebih tinggi dari isterinya. Dirinya seolah-olah mahu mendekatkan kepalanya dengan kepala isterinya. Jika kedua-duanya sedang duduk beristirehat di sofa, kelihatan suami ini masih juga mahu melentokkan kepala di bahu isterinya.

Nampak seperti keanak-anakkan, tetapi suami ini adalah seorang yang sangat tegas dan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin. Dia tahu apa yang harus dilakukan dan seboleh-boleh mahu keinginannya tercapai.

5. Pelukan dengan mencium pipi.

Kebanyakan hanya kaum wanita yang suka berpelukan begini sambil mencium pipi. Tapi kalau dah dengan suami, akan mengambil sedikit masa yang lama kerana pipi anda akan sentiasa dicium.

Suami dengan gaya pelukan ini boleh anda jadikan sahabat karib dan juga pendengar setia.Bila-bila masa saja anda perlukan, sang suami akan sentiasa ada di sisi. Luahlah apa sahaja, si dia takkan pernah jemu mendengarnya.

Selain itu, si dia turut memberikan nasihat serta saranan terbaik bagi memastikan anda sentiasa gembira dan bersemangat. Sebenarnya ramai para isteri yang mahukan pelukan jenis ini, kerana ia cukup menyenangkan dan menenangkan hati.

Suami anda yang mana satu?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen