Apa Yang Ibu-Ibu Mahukan Dan Berharap Ia Tertunai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi ibu-ibu ini bukanlah satu perkara yang mudah. Di mana banyak tanggungjawab perlu dilakukan untuk memastikan orang yang tersayang ini dalam keadaan yang bahagia dan gembira sentiasa. Bagi ibu-ibu, sehari 24 jam itu bagaikan tidak mencukupi apabila dirinya mempunyai banyak perkara yang perlu dilaksanakan.

Walaupun dalam keadaan terpaksa, kadang kala ibu-ibu ini terpaksa juga lakukan hanya untuk memastikan insan-insan yang disayangi sentiasa dalam keadaan terurus. Namun begitu, pasti ada sahaja yang mereka mahukan dan berharap anak-anak atau suaminya memahaminya.

Berikut adalah perkara tersebut.



1. Mempunyai berat badan impian.

Selepas melahirkan anak pasti berat ibu-ibu ini akan bertambah dan berubah. Maka dengan itu banyak ibu-ibu berharap agar beratnya akan kembali semula seperti mereka ini belum berkahwin. Namun kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak dan dalam proses menyusukan anak, pasti akan berdepan dengan isu kenaikan berat badan. Dan disebabkan kekangan masa, kebanyakan wanita bergelar ibu tidak dapat meluangkan masa di gim atau sekurangnya memiliki sedikit masa untuk bersenam. Jadi memiliki seorang jurulatih peribadi pasti dapat membantu anda untuk menjaga dan menurunkan berat badan.

2. Rumah yang teratur.

Memastikan keadaan rumah agar sentiasa kemas dan bersih adalah sesuatu yang terlalu mustahil. Lebih-lebih lagi apabila memiliki anak kecil yang baru belajar berjalan, atau mempunyai anak yang kreatif dan aktif. Alangkah seronoknya jika kita memiliki pembantu rumah yang dapat membantu memastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan mungkin dapat menjaga anak sekali.

3. Mempunyai lebih 24 jam sehari.

Melakukan kerja rumah seperti mengemas rumah, membasuh baju, melipat baju, memandikan anak, memasak atau mungkin menghantar anak ke sekolah pastinya memenatkan. Jadi memiliki masa tambahan, pasti membantu setiap ibu untuk dapat menyelesaikan semua tugasan serta kerja rumah dalam masa sehari dan masih memiliki masa untuk berehat.


4. Waktu rehat.

Menjaga anak, menguruskan hal keluarga dan menyelesaikan semua tugasan rumah bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan banyak tenaga dan tumpuan untuk melakukan segalanya. Jadi memiliki waktu rehat dan waktu tidur yang secukupnya, pasti dapat mengembalikan senyuman dan keceriaan di wajah anda. Dan ia adalah satu bonus jika anda diberikan peluang untuk berehat dan mendapatkan rawatan urutan di spa.

5. Sehari tanpa rutin.

Sehari tanpa rutin (mungkin lebih dari sehari) atau dalam erti kata lain, me time, tanpa perlu memikirkan segala tugasan dan rutin harian yang perlu dilakukan, pastinya menyeronokkan. Sesekali dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan, menonton wayang, berkaraoke dan makan tengahari bersama, semestinya dapat menghilangkan tekanan buat anda.

Buat suami-suami atau anak-anak cuba untuk menghulurkan bantuan kepada ibu-ibu anda ini. kadang kala mereka ini terlalu penat dan letih menguruskan keluarga mereka seorang diri. Apa kata sekali sekala anda pula yang lakukan untuk mereka ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen