"Baiki Kekurangan Pasangan, Bukan Terus Buang..." - Ikuti Perkongsian Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mengekalkan sebuah hubungan perkahwinan ini bukanlah satu perkara yang mudah, di mana ia perlu ada kata persefahaman bersama bahkan perlu ada saling melengkapi kekurangan antara satu sama lain. Tapi jika salah seorang lebih mengutamakan kemahuan diri sendiri, nafsu sendiri dan kepentingan diri sendiri, satu hubungan itu agak sukar untuk bentuk ke arah yang lebih baik.

Biasanya masalah perkahwinan ini akan timbul diawal perkahwinan, di mana suami dan isteri yang baru sahaja melangkah ke alam ini masih belum berjaya fahami dan mengawal rentak pasangan, tapi ada juga masalah yang terjadi selepas bertahun-tahun berkahwin apabila salah seorang tidak mampu untuk terima kekurangan pasangan.

Nak melalui hubungan sebagai suami isteri ini hati perlu kuat dan tidak mudah mengalah, apabila lihat kurangnya pasangan kita cuba baiki bukannya mencari yang baru. Jom ikuti perkongsian daripada saudara Amir Syahir mengenai perkara ini.



Kebanyakan kes penceraian yang berlaku sekarang melibatkan golongan muda yang masih di awal usia perkahwinan. Terutamanya lima tahun ke bawah.

Dikatakan punca utama ialah tiada kesefahaman. Seterusnya sebab pasangan curang, pasangan tidak bertanggungjawab, campur tangan keluarga dan masalah kewangan.

                           

Kadang-kadang alasan bercerai tu macam remeh sangat. Kalau isu kecil janganlah dibesarkan. Bawa berbincang.

Zaman sekarang ramai yang cari pasangan sendiri. Tak macam orang dulu, keluarga yang kenalkan. Tapi biasalah, masa bercinta semuanya baik, semuanya indah. Bila dah kahwin lain pula jadinya.

Walaupun dah dating dekat 100 kali, pergi melancong sekali sebelum kahwin, kau masih tak kenal pasangan kau sedalam-dalamnya. Bila bercinta kemain mesra. Tapi bila dah kahwin, semuanya bertukar jadi suram je.

Jangan diikutkan sangat darah muda tu. Bila rasa terhimpit, ada dugaan rumah tangga sikit terus nak bercerai. Biasalah kalau ada salam faham dalam rumah tangga.

Kalau kau rasa tak cinta dia, tak serasi dengan dia, tak perlulah nak kahwin dengan dia. Pastu dah duk sebumbung mula la buat perangai. Buat alasan macam-macam sebab nak cerai.


Nak kahwin tu mudah. Tapi nak pertahankan perkahwinan tu payah. Hati kena kuat. Fikir masa depan anak-anak.


***

Kalau kau rasa bercerai tu jalan terakhir, yakin kah lepas tu kau akan bahagia? Kaum suami patut kuat. Jangan mudah mengalah. Baiki mana kurang. Bukan terus buang.

Ini isteri kau dah tak cantik, dah gemuk, peha besar kau terus nak ceraikan dia. Sepatutnya kau kena buat dia apa yang kau nak. Ini tak, duit untuk dia beli make up pun kau tak pernah bagi, duk kata isteri kau tak pandai berhias bagai.

Kita tengok orang dulu-dulu. Nikah awal remaja pun masih kekal selamanya. Bukan sebab apa, mereka saling tolak ansur. Makan sekali, solat sekali. Hari minggu luang masa bersama.

Anak muda sekarang gaduh sikit nak cari lain, gaduh sikit nak buang mana tak berkenan, orang dulu perbaiki mana kurang. Kah!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen