Cara Menghadapi Lelaki Gila Kerja (Workaholic).

Oleh: Rafi

Lelaki yang selalu ada di samping pasangannya adalah dambaan seorang wanita. Namun lain pula cerita sekiranya kekasih hati itu adalah seorang yang terlalu komited terhadap kerjaya atau workaholic. Meskipun kebarangkalian si dia membuka ‘cawangan’ lain adalah rendah, namun bersedialah anda ‘dimadukan' dengan kesibukan pekerjaannya. Kita semak cara mengawal keadaan sekiranya berdepan pasangan yang gila kerja ini.



1. Perlu komunikasi yang baik.

Bukan sedikit hubungan berakhir kerana satu pihak merasakan dirinya tidak diberi perhatian sewajarnya. Wanita perlu berterus-terang dengan nada lembut bahawa memerlukan sedikit masa dan perhatian daripada lelaki yang tersayang. Lelaki pula jangan pandang remeh perkara ini. Walaupun sibuk dengan kerja, curilah masa untuk bersama dengan orang tersayang.

2. Luangkan masa dengan teman.

Daripada memikirkan si dia yang selalu sibuk dengan pekerjaannya, lebih baik mengajak teman untuk keluar bersiar-siar. Pastikan teman daripada kalangan wanita dan beritahu terlebih dahulu kepada teman lelaki anda. Pasti rasa sepi itu akan berkurangan.



3. Bincang keutamaan lelaki.

Wanita tidak perlu meminta sesuatu yang drastik seperti menyuruh si jejaka itu berhenti kerjam semata-mata kerana anda rasa diabaikan. Sebaliknya bersabarlah dan tanyakan dengan berhemah, siapa yang sebenarnya menjadi keutamaan si lelaki. Anda atau pekerjaannya? Minta si dia berlaku jujur dan sekiranya jawapannya tidak berpihak kepada anda, anda boleh memikirkan semula hubungan kalian berdua. Namun jika sebaliknya, yakinlah dan bersabarlah dengan kesibukannya.

4. Lakukan perkara yang sama.

Sesekali tidak salah untuk anda melakukan perkara yang sama kepada si dia. Cuba anda sibukkan diri dan tidak bertanyakan khabar kepadanya. Sekiranya si dia mula menghubungi anda, beritahu yang anda sedang sibuk dan lihat bagaimana reaksinya. Andai si lelaki begitu menyayangi anda, dia akan mula menghargai anda dan mencuri masa untuk keluar bersama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen