4 Tahap Mendidik Anak Gaya Rasulullah Yang Perlu Dijadikan Contoh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak adalah amanah yang diberikan Allah buat sepasang suami isteri untuk menyerikan rumahtangga yang dibina. Bagi mereka yang telah berumahtangga, kehadiran cahaya mata dalam keluarga sememangnya ditunggu-tunggu oleh semuanya. Jadi apabila diberi kepercayaan untuk menjaga amanah ini, ia sememangnya perlu diberikan didikan yang betul dan sewajarnya.

Dalam mendidik anda ini kita tidak boleh terlalu menggunakan kekerasan ataupun terlalu berlembut dengan mereka ini. Hal ini kerana, ia akan memberi kesan yang mendalam terhadap tumbesaran mereka nanti. Bagaimana cara anda mendidik anak-anak, begitulah hasil yang akan anda perolehi apabila mereka besar nanti.

Orang tua kata sayang anak ditangan-tangankan, tak gitu? Tapi itu mungkin dahaulu, dalam zaman yang serba moden ini, ibu bapa yang bijak dalam mendidik anak-anak. Berbalik kepada ajaran Islam, kita perlu didik anak cara Rasulullah SAW. Ibu bapa perlu sentiasa mencari teknik yang bersesuaian dalam mendidik anak-anak yang anda. Ini kerana anak-anak itu tidak sama sifatnya.



Berikut adalah empat tahap mendidik anak cara Rasulullah saw.

1. Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dipukul sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Sehingga, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebagai bahagian dari dirinya saat besar, yang dapat dianggap sebagai teman dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka karena mereka tahu anda (ibu bapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2. Umur anak-anak 7-14 tahun. Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadits Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka karena meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyiksa, cuma sekadar untuk mengingatkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka karena muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

Sehingga, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan kepribadian dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terserah pada ibu bapa apakah ingin menjadikan mereka seorang muslim, atau sebaliknya.


3. Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, hindari menghardik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik beradiknya yang lain tetapi gunakan pendekatan secara perlahan walaupun kita adalah orang tua mereka. Sehingga, tidak ada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari kesenangan lain karena memandangkan semua kebahagian dan kesenangan telah ada di rumah bersama keluarga.

4. Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibu bapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, menasehati dengan diiringi doa agar setiap tindakan yang diambil mereka adalah betul. Berawal dari pengembaraan kehidupan mereka yang benar di luar rumah. InsyaAllah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibu bapa jangan lelah untuk menasihati mereka, kerana kalimat nasihat yang diucap sebanyak 200 kali atau lebih terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah aku yang baik seperti yang ibu bapak inginkan.

Mendidik anda dengan serapkan nilai-nilai yang baik dan agama dalam diri mereka ketika masih kecil lagi. Agar perkara tersebut menjadi satu yang sebati dalam rutian harian mereka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen