Antara Fakta Menarik Tentang Syurga Yang Perlu Kita Ketahui!

Menjadi para Muslim, keutamaan dalam hidup adalah untuk mengejar Syurga Allah kerana disitulah tempat dimana segala nikmat terkumpul. Malah segala yang dihajati pasti dapat dicapai. Syurga juga adalah tempat yang kekal dan tidak binasa.

Jadi, jom ketahui antara fakta tentang syurga dimana ia adalah destinasi bagi mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT….

1. Syurga Sedang Menanti Bakal Penghuninya.

“Apabila seseorang meninggal dunia, akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. Sekiranya dia dalam kalangan ahli syurga, maka syurga akan diperlihatkan kepadanya. Sekiranya dia ahli neraka, maka neraka akan diperlihatkan kepadanya. Diberitahu kepadanya: “Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Alangkah beruntungnya mereka yang diperlihatkan dengan keindahan syurga. Namun, betapa sedih dan malangnya mereka yang telah melihat kedahsyatan neraka. Nauzubillah.

2. Syurga Ada Lapan Pintu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Terdapat lapan pintu di dalam syurga, dan salah satunya ialah al-Rayyan, yang tidak akan dimasuki kecuali orang yang berpuasa.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Dalam hadis yang lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;

“Jika dia daripada golongan yang suka menunaikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat. Golongan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. Manakala golongan yang suka bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Golongan yang berpuasa pula dipanggil dari pintu al-Rayyan. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Jadi setiap orang ada kebaikan dengan jalannya tersendiri. Janganlah memandang remeh sesuatu amalan walaupun kecil dipandangan mata kita.

3. Inilah Kunci Syurga.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

“Kunci syurga ialah kesaksian ‘tiada Tuhan selain Allah’” [Riwayat Ahmad]

Wahab bin Munabbih iaitu seorang ulama tabiin pernah ditanya;

“Bukankah kunci syurga itu Lailahaillallah?”

Lalu beliau pun menjawab;

“Benar, tetapi bukankah setiap kunci itu ada gigi-giginya. Maka jika kamu membawa kunci yang ada gigi-giginya, maka akan dibuka (syurga) untuk kamu. Jika tidak, tidak akan dibuka.”

Islam mengatakan Allah itu Maha Esa. Tiada tuhan selainNya. Kunci penting membawa kita ke syurga. Selain itu, seiringkan juga amalan lain yang diwajibkan dalam agama. Baru sempurna sifat kuncinya.

4. Masuk Syurga Dengan Rahmat Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Tiada seorang pun masuk syurga atau selamat daripada neraka dengan amalannya termasuklah aku melainkan dengan rahmat Allah SWT!” [Riwayat Muslim]

Rahmat Allah lebih besar dan luas daripada amalan kebaikan kita. Dengan rahmatNya jualah kita dapat merasai nikmat syurga. Amalan kita hanyalah syarat ke syurga.

Oleh itu, jangan berbangga dengan amalan baik kita. Takut nanti amalan menjadi sia-sia dan rahmat Allah pula tidak kunjung tiba. Nauzubillah minzalik.

5. Orang Miskin Masuk Syurga Dahulu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Orang Muslim yang fakir masuk ke dalam syurga sebelum orang kaya lebih awal setengah hari bersamaan 500 tahun (di dunia). [Riwayat Ahmad]

Dalam hadis yang lain;

“Umatku yang fakir akan masuk ke dalam syurga 40 musim lebih awal sebelum orang kaya.” [Riwayat al-Tirmizi]

Menurut Ibn al-Qayyim;

“Walau bagaimanapun, awal atau lambat seseorang masuk ke dalam syurga tidak menentukan darjat antara ahli syurga. Boleh jadi seseorang yang masuk syurga lambat, darjatnya di dalam syurga lebih tinggi berbanding teman-temannya yang masuk awal.”

6. Nikmat Syurga Paling Indah Dan Agung.

“Ketika penduduk syurga masuk ke dalamnya. A

llah bertanya: ‘Ada apa-apa yang kamu ingin Aku tambahkan?’

‘Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami, memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami daripada neraka?’

Lalu Allah membuka hijab (sehingga penduduk syurga melihat Allah). Tidak ada satu nikmat pun yang lebih mereka sukai melebihi nikmat menatap Tuhan mereka.” [Riwayat Muslim]

Inilah nikmat syurga yang sangat besar yang akan dirasai oleh penghuni syurga. Nikmat yang tidak dapat di dunia kecuali di syurga. Subhanaallah! Beruntungnya mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen