Jadilah Seorang Suami Dan Bapa Yang Yang Sentiasa Melindungi Keluarga.

Dalam keluarga, ciri-ciri nilai pelindung perlu ada bagi lelaki yang bergelar suami dan bapa. Peranan bapa bukan lagi sekadar menyara keluarga, lebih dari itu bapa berperanan penting melindungi isteri, memberi kebahagiaan kepada keluarga dan kedamaian rumah tangga.

Jika lelaki tahu betapa pentingnya menjadi seorang suami dan bapa dalam keluarga, insya Allah dapat membebaskan anak-anak dan generasi baru dari gejala yang tidak sihat dan maksiat. Malahan, jika seorang suami mampu untuk melihat isterinya adalah amanah dari Allah SWT, maka dia akan tahu pasti dipersoalkan Allah di akhirat kelak.

Jika benar lelaki tahu akan peranan dan tanggung jawab ini, sudah pasti tidak sewenang-wenangnya mengkhianati amanah itu.

Oleh kerana itu, jadilah seorang bapa yang baik iaitu yang boleh memimpin dan melindungi keluarga dengan menjadikan diri sebagai model atau idola pada anak-anak kelak. Disini seorang bapa perlu menjadi pendidik dan berpegang kuat kepada disiplin bagi mewujudkan unsur-unsur kemesraan di dalam keluarga dengan menunjukkan contoh yang terbaik, lahir dari dalam diri.

JADILAH BAPA YANG DIHORMATI.

Jangan menjadi seorang bapa yang membuat anak-anak menjadi ketakutan.

Anak-anak menjadi hilang hormat…

Anak-anak menjadi tidak percaya…

Anak-anak berasa tidak selamat…

Malah anak-anak merasakan bapanya tidak layak menjadi seorang BAPA….

Terdapat juga bapa yang terlalu garang sehingga anak-anak takut hendak berdekatan dengan bapa mereka dan tidak kurang juga suami yang hanya menjalankan tanggungjawab mencari sumber pendapatan semata-mata tetapi menyerahkan tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya kepada isteri.

JADILAH BAPA DAN SUAMI YANG TAHU MATLAMAT KELUARGA.

Menjadi seorang pemimpin di dalam keluarga, perlu tahu apa matlamat dan visi yang perlu dikecapi agar keluarga berkenaan sentiasa berada dalam keadaan bahagia. Malahan, perlu menjadi ketua yang bewibawa untuk memimpin keluarga ke jalan yang benar merangsang keluarga agar lebih komited dalam menempuh hidup, bijak, sabar, sentiasa cuba memenuhi keperluan keluarga, bertoleransi, bertanggungjawab dan menjaga kebajikan keluarga.

JADILAH BAPA YANG TAHU APA ITU NAFKAH KELUARGA.

Kenapa pentingnya kursus perkahwinan?

Kenapa pentingnya ilmu perkahwinan?

Kenapa pentingnya ilmu kekeluargaan?

Kenapa pentingnya ilmu keagamaan?

Kenapa pentingnya ilmu hal kewangan?

Jika seorang lelaki persiapkan diri untuk bergelar suami dan bapa kelak, mereka akan tahu betapa pentingnya dan wajib memberi nafkah, menjaga anak, memimpin, mendidik, menasihat mendisiplin dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka.

Selain itu, seorang bapa perlu ada masa terluang untuk menghabiskan masa bersama anak-anak, beriadah dan berekreasi bersama mereka, menjauhkan keluarga dari persekitaran yang tidak sihat, menjadi teman kepada anak-anak dan mengawal anak-anak menggunakan disiplin.

Strategi untuk disiplinkan anak-anak adalah;

  • Mengukuhkan hubungan ibu bapa dan anak-anak.
  • Mengamalkan komunikasi dua hala yang berkesan dengan anak-anak.
  • Tahu tentang pendekatan psikologi dengan anak-anak.

Kesimpulannya, anak yang terdidik dengan baik adalah dimulakan dengan pemimpin keluarga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen