Kunci Syurga Bagi Seorang Anak Adalah Dengan Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa.

Ibu bapa ialah kunci syurga kita. Al-Qadhi Baidhawi menyatakan; Cara terbaik untuk masuk syurga, dan cara mendapatkan darjat yang tinggi di syurga adalah dengan mentaati orang tua dan berusaha mengasihi dan berbakti padanya.

Dari Abu Ad Darda dia mendengar Nabi SAW bersabda: “Orang tua ibarat penengah pintu-pintu syurga, oleh kerana itu (jika kamu mahu) kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh jaga ia baik-baik.

[(Sunan Ibnu Majah No: 3653) Status: Hadis Sahih]

Ada juga ulama yang mengatakan:

‘Di syurga ada banyak pintu. Yang paling selesa untuk dimasuki adalah yang paling tengah. Untuk membolehkan masuk ke syurga melalui pintu tengah itu adalah dengan berbakti kepada orang tua.’ (Tuhfatul Ahwadzi, 6/21).

Dari Abu Hurairah dia berkata;

Nabi SAW bersabda: “Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!” lalu baginda ditanya; “Siapakah yang celaka, ya Rasulullah?” Jawab Nabi SAW: “Barang Siapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah satu dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya).”

[(HR Muslim No: 4628) Status: Sahih]

Beruntung sebenarnya bagi mereka yang tinggal dekat dengan ibu bapa. Jarak yang dekat itu suatu nikmat yang jarang-jarang kita sedari. Dapat melihat mereka ‘menua’ di hujung usia seperti mana mereka melihat kita ‘membesar’ di hadapan mata merupakan satu nikmat yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Biarlah orang kata kita anak emak, kerana kita tidak ada dua atau tiga ibu di dunia ini. Mereka bukan semakin muda. Suatu hari nanti mereka pasti akan pergi juga. Maka, seharusnya masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya.

BAGAIMANA PULA INGIN BERBAKTI JIKA MEREKA SUDAH TIADA?

Dari ‘Aisyah Radhiyallahu anhuma :

Bahawasanya ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW, “Sesungguhnya ibuku meninggal dunia secara tiba-tiba (dan tidak memberikan wasiat), dan aku mengira jika ia bisa berbicara maka ia akan bersedekah, maka apakah ia memperoleh pahala jika aku bersedekah atas namanya (dan aku pun mendapatkan pahala)? Beliau menjawab, “Ya, (maka bersedekahlah untuknya).”

[HR Al-Bukhari (No. 1388), Muslim (No. 1004)]

Terputus amalan seorang anak Adam apabila dia meninggal dunia kecuali tiga perkara- sedekah, anak soleh dan ilmu yang dimanfaatkan. Sedekah ialah salah satu amalan yang masih boleh dihubungkan kepada orang yang sudah meninggal dunia. Ia bukan hanya sedekah yang pernah diberikan oleh si mati ketika di dunia, bahkan kita juga boleh bersedekah bagi pihak mereka.

Niatkanlah juga bagi setiap amal kebaikan yang kita lakukan, mereka juga akan mendapat manfaatnya di alam sana. Kelak di akhirat, kita akan dikumpulkan dengan orang-orang yang kita cinta. Semoga kita dikumpulkan kembali bersama ibu bapa dan ahli keluarga.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen