Haziq Hotfm Luah Rasa Bimbang Apabila Anak-Anaknya Dimasukkan Ke Hospital Serta Kongsi Cara Tangani Anak Ketika Rawatan Neb.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak-Anak permata yang sangat berharga buat ibu bapa mereka, sehinggakan ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka ini disakiti walaupun dengan seekor nyamuk. Itu yang menyebabkan anak-anak jatuh sakit tak boleh tidur ibu bapa ini fikirkan kesihatan dan kasihankan anak-anak. Namun tiada apa yang boleh dilakukan jika ujian datang untuk menguji semuanya.

Apa yang paling menyedihkan ibu bapa adalah melihat anak mereka ini meragam apabila menerima rawatan dan sebagai ibu bapa juga perlu lakukan pelbagai cara agar anak tidak meragam.



Itulah yang dirasai oleh penyampai radio Hotfm, Haziq Husni di mana apabila kedua-dua anaknya dimasukkan di wad kerana mengalami radang paru-paru.

Berdasarkan perkongsiannya di laman Instagram, kedua-dua anaknya Muhammad Heidy Nufael, 21 bulan dan Chayra Aulia, 4 bulan disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas doktor yang merawatnya melakukan x-ray.

                     

Sebelum ini, beliau telah membawa anaknya untuk melakukan pemeriksaan, namun doktor hanya menyatakan bahawa ia adalah batuk yang biasa.

“Lebih tiga bulan anak saya mengalami batuk yang berterusan sehingga memaksa saya membawanya berjumpa dengan doktor.

“Heidy sebelum ini hanya mengalami batuk biasa sahaja dan sangat aktif, tetapi ia menjadi teruk apabila di mula mengeluarkan batuk yang berkahak sehingga muntah.

“Manakala Chayra pula telah batuk setiap hari dan tidak sangka ia adalah punca radang paru-paru”, jelasnya di Instagram.

Katanya, kedua-dua paru-paru Heidy mengalami masalah manakala Chayra pula hanya sebelah sahaja.

Jelasnya lagi, kemungkinan kedua-dua anaknya itu akan ditahan selama seminggu di hospital untuk memudahkan doktor melakukan pemantauan dan pemeriksaan dengan lebih lanjut.

“Sebagai seorang bapa, pastinya saya bimbang melihat keadaan mereka apatah lagi Chayra sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital dalam tempoh yang lama akibat penyakit Pertussis (batuk kokol).

“Sekarang penyakit lain pula yang dihadapi. Saya mohon doa semua semoga anak-anak saya ini segera sembuh kalau boleh saya tidak mahu lama-lama di hospital.”

Beliau juga turut berkongsi satu video di mana dia sedang memujuk anaknya mendapatkan rawatan neb.

                     

“Ni cara daddy bagi Heidy senyap time neb. Kesian memang kesian. Tapi nak sihat kan? Kena gak neb. Dengar bunyi neb tu je dia dah start tak tentu arah. Meronta gila-gila. Macam kena rasuk. Dah bedung pun hancur bedung tu.

“Tak senang ya guys. Kena depakan tangan dia ke tepi. Kunci pakai tangan kita. Tapi kunci lembut2 je. Pastu kaki dia kunci dengan kaki kita. Kepala dia pun tak boleh dok diam gakkk. So tangan kiri kita kena letak bawah dagu kasi dia tak boleh gerak. Last, nak bagi suasana ceria daddy nyanyi lagu Apa Khabar.”

Diharapkan kedua-dua anaknya akan segera sembuh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen