“Ajar Anak Lelaki Untuk Kemas Rumah, Bukan Untuk Meringankan Beban Ibu Bapa, Tetapi Ia Adalah Keperluan Asas Hidup..” Perkongsian Dari Seorang Ibu.

Pada masa kini, masyarakat melayu lebih menitik beratkan tanggung jawab ke atas anak perempuan berbanding dengan anak lelaki. Ini kerana ramai yang beranggapan, anak perempuan harus rajin membuat kerja rumah, manakala lelaki menolong ayahnya membuat kerja-kerja berat sahaja.

Namun, ubahlah kehidupan kita mengikuti sunnah Rasulullah SAW, dimana baginda mampu melakukan apa sahaja kerja termasuk urusan rumah tangga. Mendidik anak lelaki daripada kecil tentang kepentingan menolong ibu melakukan kerja rumah tidak salah, kerana ia memang keperluan asas hidup. Dah besar nanti, pandailah berdikari.

Seorang ibu yang dikenali sebagai Puan Fara telah berkongsi di laman facebooknya, berkenaan dengan isu ini. Jom ikuti perkongsian tersebut….

********

Look what bibik sent to me when I was away at work.

This young mister traded in some house works for screen time. One task equals to 15 minutes screen time. So taking out clothes from washing machine, taking dried clothes from drying rack, hanging washed clothes on the rack. 45 minutes worth of reward.

--------------------------------------

Kami buat ini untuk dia. For him. Not for us. Bukan untuk meringankan beban tugas ibu bapa. Secara peribadi saya sangatlah suka tugas membasuh, menjemur, melipat baju, tidak perlu suruh anak-anak tolongpun saya suka selesaikan sendiri bila sahaja berkesempatan.

Sementelah pula, kami juga ada pembantu rumah untuk menguruskan kerja rumah yang biasa. Tapi kami kira sudah sampai masa anak lelaki sulung kami ini untuk mula belajar melakukannya. Bukan hanya kerana habuan screen time, atau kerana tolong mommy nanti masuk syurga, tapi kerana lelaki dan membantu menguruskan rumah tangga adalah keperluan hidup di dunia.

Benar sebagai ibu bapa, kepada anak lelaki keutamaan kita mahu beri ilmu akhirat sebaiknya kerana tujuan hidup kita adalah di sana, ilmu dunia selengkapnya kerana anak lelaki akan membesar menjadi lelaki dewasa dan menggalas tugas sebagai pencari nafkah keluarga.

Dalam waktu itu kita juga berkeperluan untuk membentuk anak lelaki menjadi insan yang bertimbang rasa, berempati dan mengasihani untuk menjalani kehidupan dunia. Cari duit sahaja tidak cukup untuk hidup di dunia, menguruskan sisi-sisi kehidupan dengan hemah dan rasa kemanusiaan itu adalah keperluan yang sama pentingnya.

Berilah kefahaman bahawa tugas mengurus rumah tangga bukan tugas perempuan - adik, kakak, ibu, isteri semata. Di setiap peringkat kehidupan anak lelaki, sebagai abang, sebagai adik, sebagai anak, sebagai bapa, sebagai suami, sebagai menantu, sebagai mertua - seorang lelaki perlu tahu, faham dan ingat bahawa dia bukan tuan kepada kerabat perempuan dan pasangannya.

Dia adalah pelindung dan penjaga, dan kerana itu, untuk setiap tugas yang dia lakukan dan tugas yang dia berhajat / berkeperluan untuk dilakukan oleh orang lain, ianya perlu dengan ikhsan, bukan dengan rejim, rasa berkuasa, autorisasi dan superiority.

Mendidik anak lelaki dan anak perempuan memang tidak sama, tapi tidak juga bermaksud mengasingkan terus semua aspek pembentukan mereka sehingga anak perempuan kaku terputus ikhtiar untuk mencari ruang menyara diri atau keluarga bila ujian melanda. Anak lelaki pula tidak terurus kacau bilau hidupnya bila kerabat perempuan tiada.

Siti Khadijah peniaga berjaya, hartanya diinfaq untuk agama.

Rasulullah membasuh, mengemas, menjahit untuk meringankan lelah isteri baginda.

Jangan lupa.

Image may contain: one or more people, people standing, child and outdoor

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen