Anak Suka Mengempeng Hingga Terlajak Waktu Solat, Ibu-Ibu Boleh Cuba Tips Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi dilema ibu-ibu apabila ingin menunaikan solat dengan segera atau diawal waktu tapi anak pula suka mengempeng. Nak bergerak sedikit pun agak sukar. Terutama jika hanya anda bersendirian menguruskan rumah dan si suami berkerja. Anda pasti akan mengambil sedikit masa untuk membuatnya tenang atau tidur tapi anda sekali akan tertidur sama.

Bukan hanya itu sahaja, kadang ibu-ibu ini nak solat pun tak begitu khusyuk kerana anak mula merengek atau meragam apabila anda tidak berikan perhatian kepadanya. Pastilah ia merisaukan anda bukan?

Apabila anda berhadapan perkara ini, mungkin anda boleh ikut sedikit tips daripada Puan Nad Masrom, Kaunselor Laktasi, yang mana beliau lakukan sendiri dalam keadaan anaknya mahu mengempeng setiap masa.



Pertama sekali, ini bukanlah tips dari saya 100%. Sejujurnya, banyak kali saya tak berjaya nak apply kesemuanya. Tapi saya cuba juga buat tips-tips yang saya baca ini. Kebanyakan memang berhasil cuma perlukan istiqamah untuk melakukannya. Terima kasih kepada para ibu-bapa yang telah berkongsi semua tips ini (maaf saya tak ingat sumber setiap satu). Semoga pahala jariah ini berpanjangan apabila diamalkan oleh orang lain.

1. Pastikan anak dalam keadaan selesa.

Sebelum masuk waktu solat, pastikan pampers anak tidak penuh atau pampers diganti dahulu. Bersihkan anak dan sekiranya perlu, boleh bawa anak solat bersama bila anak sudah dibersihkan.

                       

2. Pastikan anak kenyang dan tidak lapar.

Susukan anak sebelum masuk waktu solat. Sekiranya anak sudah mula makan, cuba beri anak makan dahulu supaya anak tidak meragam.

3. Berikan mainan yang bersesuaian.

Berilah busy book, soft toys dan apa sahaja yang boleh buat anak busy sekejap dalam masa 5 minit. Dan solatlah berhampiran anak supaya anak tidak meragam mencari ibunya.


4. Ajar anak senyap waktu azan.

Biasakan anak senyap dengan beri signal jari di mulut dan bagi tahu panggilan azan itu adalah untuk ibu solat. Dan segeralah solat pada waktu itu secara konsisten setiap hari supaya anak faham dengan konsep azan = ibu solat sekejap.

5. Ajak anak solat bersama.

Kaedah ini boleh dipraktiskan dari usia bayi lagi. Biasakan solat berhampiran bayi. Bila anak sudah mula faham, ajak dia untuk bersolat sama walaupun akhirnya ibu dan ayah menjadi 'kuda'.

Fasa ini memerlukan kesabaran. Khadijah pun suka menguji saya. Kadang-kadang dia korek hidung saya waktu tahiyat. Kadang-kadang dia suap biskut. Bila saya tutup mata, dia buka mata saya dan say 'Cakkk'. Duduk atas kepala sudah menjadi perkara biasa.

                       

Tapi akhir-akhir ni dia dah mula faham dan mula ikut solat sama walaupun tak sampai seminit telekung dah tercabut dan biasanya dia sambung main semula macam tak ada apa-apa berlaku.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan semoga kita semua (terutamanya saya) sentiasa berusaha untuk solat di awal waktu agar urusan harian lebih teratur. Amin.

p/s: Kalau ibu-ibu ada tips yang lain, kongsikanlah ya. Mana tahu tips yang diberikan lebih menarik dan mudah untuk dibuat.

**mengempeng = anak melekat nak menyusu dalam tempoh yang lama


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen