Lelaki Ini Kongsikan Tips Langsaikan Hutang Kereta 9 Tahun Kepada 5 Tahun.

"Kereta baru dah keluar....jom beli!"

Sudah menjadi kebiasaan, setiap individu pasti mahu memiliki kenderaan sendiri supaya mudah untuk kemana-mana sahaja. Anak muda yang mudah terpengaruh pula, pasti mahu sentiasa mengikuti trend masa kini kerana tidak mahu ketinggalan zaman. Malahan bagi anak muda, sekiranya tidak mengikuti trend masa kini seperti memiliki sebiji kereta Honda, pasti akan dibuli, dicaci, tiada kawan dan sebagainya.

Jadi, dah miliki sebuah kereta tu, belajar sedikit dari perkongsian saudara Amir Syahir ini cara untuk pendekkan tempoh membayar hutang kereta…

********

Anak muda dan kereta tidak dapat dipisahkan. Ada sebahagian daripada mereka apabila dapat slip gaji terus ke bilik pameran kereta. Ada juga yang bergaji bawah RM2000 tetapi bayar ansuran kereta separuh daripada gaji.

Amatlah rugi jika berhutang kereta sampai 9 tahun lalu menutup peluang untuk membeli rumah pertama. Ini adalah pelan ataupun idea jika korang dah teringin sangat nak pakai kereta.

Diharap bakal graduan dan anak muda yang baru dapat kerja baca untuk merancang masa depan supaya tidak tersilap langkah. Jika salah percaturan membeli kereta ini adalah jenayah terbesar dalam pengurusan kewangan.

Contoh : Anda berminat dengan kereta Myvi 1.3L-G Automatik. Harga dalam RM47K. Kalau tanpa 10% downpayment, ansuran bulanan kereta ialah RM544. Maka anda kena sabar dulu setahun. Tangguhkan sekejap niat itu.

1. Mohon ASB Financing RM100K.

  • Tempoh pembiayaan : 30 tahun
  • Kadar keuntungan : 5.05%
  • Ansuran Bulanan : RM540
  • Tanpa takaful pembiayaan ASB

2. Bayar RM540 setiap bulan.

Selepas setahun, katakan dapat dividen 7 %.

7% x RM100K = RM7000

3. Gunakan dividen RM7000 untuk bayaran ansuran kereta anda nanti.

Selepas dapat dividen ASB, barulah anda beli kereta tersebut. Jika ansuran bulanan kereta ialah RM544, maka :

RM544 x 12 bulan = RM6528

4. Duit dividen yang anda dapat ialah RM7000.

  • RM7000-RM6528 = RM472.
  • Jika simpan dalam ASB bagus, tapi kalau mahu guna pun boleh.

5. Bayar ansuran pembiayaan ASB RM100K setiap bulan macam biasa RM540.

Guna duit gaji, dan gunakan dividen ASB setiap tahun untuk bayar ansuran kereta.

6. Selepas lima tahun, anggaran baki hutang kereta tinggal dalam RM13,816.

  • Terus anda terminate pembiayaan ASB RM100K dan hasil terminate ialah
  • Dividen terakhir: RM7000
  • Pulangan Prinsipal: RmM8260
  • Baki Dividen ASB setiap tahun: RM472X5: rm2360

Jumlah kasar: RM17,620

Penafian :

  • Anggaran perkiraan kasar sahaja.
  • Andaian dividen 7% sepanjang tempoh pembiayaan.
  • Profit bank kekal 5.05.

Saya harap tips ini mampu mencetuskan idea kepada anda. Anda jimat empat tahun. Hutang kereta habis bayar. Boleh kumpul deposit untuk beli rumah pertama pula.

Boleh ubahsuai mengikut kemampuan kewangan. Apapun jenis kereta yang anda mahu beli, konsep dia sama saja.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen