Pasangan Anda Suka Kucing, Tapi Anda Pula Ada Alahan. Jom Ikuti Beberapa Tips Ini.

Kucing adalah haiwan peliharaan kesukaan orang ramai. Sudah menjadi kebiasaan setiap rumah yang kita lawati pasti ada kucing sebagai haiwan peliharaan ini kerana kucing adalah haiwan yang jinak dan pandai bermanja dengan tuannya sendiri. Malahan memiliki bulu yang sangat gebu, badan yang gemuk dan pandai menghiburkan hati manusia dengan teletahnya.

Siapa sahaja yang tidak terhibur dengan kucing.

Namun sedemikian, ada juga sebahagian daripada kita mengalami alahan yang teruk apabila ada kucing berdekatan. Individu ini juga sangat sensitif dengan kucing sehingga terbersin banyak kali, dan secara tidak langsung mendorong kesihatan yang terjejas seperti penyakit asma.

Bagi mereka yang memiliki pasangan yang suka pada kucing, seringkali berasa risau kerana takut kesihatan terjejas malahan hubungan dengan pasangan juga berantakan, semata-mata hal kucing sahaja.

Takkan, disebabkan kucing mahu terus putuskan hubungan? Jadi, jika anda benar-benar sayang pada pasangan dan hobinya membela kucing, jom ikuti beberapa tips ini…

1. Gantikan permaidani dengan alas jenis lain.

Jika kucing pasangan kadang-kala suka memasuki ke kawasan ruang tamu dan bilik, tukar jenis tekstur permaidani anda. Tukar permaidani yang tidak mudah melekat dengan bulu-bulu kucing seperti permaidani yang tidak berbulu. Permaidani yang berbulu panjang memang mudah merangkap bulu kucing, malah sukar untuk dibersihkan.

2. Kurangkan penggunaan perabot berfabrik.

Perabot berfabrik memang kelihatan cantik kerana mempunyai pelbagai warna yang meriah. Anda perlu ketahui bulu kucing mudah melekat pada perabot yang berfabrik. Memiliki terlalu banyak perabot yang berfabrik membuatkan anda mengambil masa yang lama untuk kemas rumah, kerana terlalu banyak kucing yang melekat.

3. Pastikan bilik tidur dan almari pakaian kawasan bebas haiwan peliharaan.

Berbincang dengan pasangan anda bahawa bilik tidur adalah larangan untuk haiwan peliharaan masuk dan bermanja. Dibilik sahaja anda memiliki ruang sendiri dan bebas dari bulu kucing. Dan disini juga anda boleh merehatkan minda dan tidak perlu mengemas bulu kucing setiap hari.

4. Kerap mencuci dan vakum rumah.

Kain fabrik memang mudah merangkap bulu kucing, jadi anda perlu membasuh cadar dan langsir dengan kerap. Tetapi gunakan sarung tangan ketika mencuci kerana takut alahan anda menjadi semakin teruk. Kemudian, vakum permaidani dengan kerap dan di sekitar kawasan rumah juga.

Tips: Jika di kawasan luar rumah terdapat bau kucing yang terlalu kuat, gunakan serbuk penaik (Baking Soda) untuk menghilangkan bau tersebut.

5. Pastikan pasangan anda sentiasa sikat bulu kucing.

Aktiviti menyikat kucing anda bukan sahaja membantu mengurangkan bulu gugur di sofa dan lantai, malah dapat mengelakkan bulu bergumpal pada badan mereka. Kucing anda juga pasti suka bulu mereka disikat. Cubalah!

Image result for brush cat

Oleh sebab itu, kebanyakan individu yang pencinta kucing adalah seorang yang pembersih kerana kerap membersihkan rumahnya dari bulu kucing. Ada juga sebahagian daripada mereka mengalami alahan, akan tetapi suka pada kucing dan sanggup membelanya. Individu ini perlu mendapatkan suntikan imunisasi dan nasihat daripada doktor.

Dan sebenarnya, ia mengambil masa juga untuk anda menyesuaikan diri dengan kehadiran kucing, dimana lama-kelamaan anda imun dengan bulu kucing dan boleh memeluk kucing. Efek alahan anda menjadi berkurangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen