Tips Kewangan Untuk Mereka Yang Gila Shopping.

Susah betul mereka yang gila shopping ni. Lebih-lebih lagi mereka yang masih bujang dan tak ramai tanggungan. Pasti banyak sahaja duit lebih untuk diri sendiri. Itupun kalau masih sedar ada adik-beradik atau keluarga untuk ditanggung. Kalau tak sedar, semua duit gaji habis untuk diri sendiri sahaja, malahan tidak pernah terdetik untuk membuat simpanan demi kecemasan, apatah lagi simpanan untuk berkahwin.

Jadi, bagi mereka yang gila shopping perlu tahu berapa peratus daripada gaji anda yang perlu diperuntukkan untuk shopping anda sahaja. Jangan pula duit gaji semua dihabiskan untuk shopping semata-mata, ingat untuk menyimpan juga. Ingat juga formula:

Pendapatan perlu lebih daripada perbelanjaan (Pendapatan > Perbelanjaan).

Jadi, jom ikuti beberapa tips kewangan untuk mereka yang gila shopping…

1. Mengagihkan duit gaji pada peratusan.

Sebagai contoh gaji anda RM3000. Jika diikut formula gaji 50,30,20, tiga puluh peratus adalah untuk perbelanjaan harian dan hiburan anda sahaja. 30% daripada RM3000 adalah RM900, jadi takkan nak habis 900 semata-mata untuk shopping sahaja, kan? Nanti tiada pula perbelanjaan makan, minum, minyak petrol harian anda.

Daripada jumlah 900 peruntukkan peratusan yang kecil lagi untuk shopping sahaja.

Sebagai contoh 20% untuk shopping.

Jadi 20% daripada 900 adalah RM180, genapkan sahaja jadi RM200.

Lakukan perbelanjaan 200 setiap bulan untuk shopping sahaja. Bila 200 tersebut dah habis, KAWAL DIRI untuk tidak menggunakan duit lain yang anda sudah gunakan untuk komitmen dan kecemasan.

2. Install aplikasi untuk lihat bajet shopping anda.

Seperti sedia maklum, maybank2u.com.my yang terbaru ada menunjukkan perbelanjaan anda sekiranya anda menggunakan kad debit. Daripada sini anda akan dapat lihat, perbelanjaan anda lebih pada arah mana, dan boleh kawal dari masa ke semasa.

Kemudian, gunakan telefon bimbit ke arah kebaikan dengan memuat naik aplikasi untuk anda bajet shopping anda. Tidak perlu untuk tulis nota lagi dan sebagainya. Telefon bimbit yang mahal, perlu tahu cara penggunaan yang betul, baru dikatakan generasi yang bijak.

3. Buat ‘mesyuarat kewangan’ sekerap mungkin.

Oleh sebab anda ni gila shopping dan suka memboros, lantik salah seorang atau pasangan anda sendiri untuk membuat mesyuarat setiap bulan atau setiap kali anda shopping. Kalau nak harapkan anda sendiri yang lihat perbelanjaan shopping anda, rasanya pasti tidak terbuat. Pentingnya pelantikan ini supaya anda tidak belanja dengan gila…..sehingga setiap bulan kena makan Maggie. Dengan adanya dorongan dan mesyuarat ini, perbelanjaan anda pasti akan terkawal.

4. Amalkan konsep ‘Forgo’.

Susahnya kalau semua barang yang dah dimiliki, rasa nak upgrade pula. Lebih-lebih lagi keluar pula produk yang Limited Edition, memang hati sentiasa berasa tidak keruan. Nak tidur pun tak lena. Jadi, anda memang perlu amalkan konsep forgo ini. Forgo bermaksud anda perlu lepaskan sesuatu kerana mahukan sesuatu yang baik.

Sebagai contoh, anda mahukan telefon bimbit baru dan dalam pada masa yang sama, keluar pula tudung limited edition yang berjenama. Jadi, mana yang lebih penting? Pilih yang benar-benar mampu membuat anda berpuas hati setelah memilikinya. Jangan nanti dah beli, lepastu rasa menyesal kerana merasakan barang lagi satu itu lebih penting pula.

Anda tidak boleh beli dua barang ini serentak, kerana anda mahu mengawal perbelanjaan anda ya. Barulah hidup anda 'ekonomik'.

5. Jimatkan perbelanjaan dalam bab makanan.

Dan yang paling susah kita nak buat adalah, mengawal perbelanjaan dalam bab makanan. Setiap hari nak makan sedap. Setiap hari nak makan di restoran mahal. Pagi, siang, malam makan di luar. Oleh itu, jimatkan perbelanjaan dalam bab makanan ini, sekurang-kurangnya 2 kali sebulan makan sedap. Itupun perlu bawah rm30. Jadi anda sudah peruntukkan RM60 untuk makan sedap sebulan.

Tak Rugi Pun Simpan Wang!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen