Rumah Atau Kereta? Yang Mana Lebih Berbaloi Jika Miliki Terlebih Dahulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Memiliki rumah yang selesa dan rumah sendiri pastilaj idaman setiap orang bahkan ia juga mampu menjana pendapatan melaluinya. Manakala, kereta pula adalah kenderaan yang akan membawa kita ke mana hala tuju kita seperti berkerja mahupun pulang ke kampung halaman.

Seperti yang kita tahu rumah dan kereta ini sememangnya mempunyai harga yang sangat mahal. Untuk memiliki kedua-dua ini, ramai orang akan berikat perut dan berhempas pulas untuk membuat pembayaran pendahuluan.

Tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua ini memainkan peranan yang penting di dalam hidup kita pada masa ini. Tapi di antara kedua ini, salah satunya pasti akan lebih berbaloi jika anda memiliknya terlebih dahulu.

Berdasarkan satu artikel Gilahartanah ini, membeli kereta terlebih dahulu adalah satu kesilapan yang besar yang telah dilakukan oleh anak muda sekarang. Walaupun ia keperluan harian, tapi hutang kereta ini akan membuatkan ramai orang akan miskin.



Soalan ‘nak beli rumah atau kereta’ adalah antara siri soalan epik yang sering ditanya rakyat Malaysia.

Kalau soalan ini diajukan, rata-rata mereka akan menjawab seperti ini:


“Baik aku beli kereta dulu. Kejap je lulus loan bila apply. Kalau loan rumah, asyik kena reject je!”


Tapi hakikatnya, korang rugi besar kalau beli kereta dulu. Dan Tok boleh buktikan perkara ini dengan jelas untuk korang.

Kalau korang serius nak belajar, jemput hadamkan perkongsian Tok pada hari ini.

Artikel ini bakal buatkan anda trauma untuk beli kereta

Tok akan bagi Faizul Ridzuan jawab soalan di atas. Sebab beliau sudah bekalkan data, statistik, logik dan juga realiti berdasarkan angka.

Lepas anda baca artikel ini, Tok harap kepala otak anda semua sudah kembali waras untuk buat keputusan.

Tok sudah bagi ubat. Anda yang kena buat keputusan untuk makan ubat itu atau tidak.

Terpulang. Tok tak rugi apa-apa.




Hutang kereta menyebabkan majoriti rakyat Malaysia… MISKIN


Kereta adalah item paling kejam yang boleh bantutkan kebebasan kewangan seseorang.” – Faizul Ridzuan.

Agak melampau kenyataan di atas. Tetapi boleh dikatakan logik juga memandangkan hutang kereta yang menyebabkan majoriti rakyat Malaysia miskin dan tersepit untuk hidup bebas kewangan.

Ada kes yang lebih teruk, terdapat segelintir manusia yang “sangat bijak” menggunakan kad kredit untuk bayar deposit kereta idamannya.

Siapa buat, memang kebijaksanaan mereka “terserlah”.

Senarai kos-kos tersembunyi yang ramai pembeli kereta terlupa, yang akhirnya membinasakan diri

Ada segelintir pula cakap,

“Tapi, tapi, tapi kadar faedah untuk pinjaman kereta jauh murah berbanding pinjaman rumah.

                        

Jadi saya adalah orang yang bijak bila buat pinjaman kereta.”

Ya, bijaklah “sangat.” Tok pun mula-mula ingat Tok berada dalam golongan yang “bijak.” Rupa-rupanya selepas menuntut ilmu dengan Faizul, Tok rasa Tok paling bodoh.

Majoriti rakyat Malaysia beli kereta hanya lihat pada kos bayaran bulanan (monthly installment). Sebenarnya ada banyak lagi kos tersembunyi yang perlu kita ambil tahu dan kira semasa kita beli kereta.

Antara kos-kos tersembunyi itu adalah:

1) Kos insurans.

2) Cukai jalan.

3) Minyak.

4) Tol.

5) Parking.

6) Servis penyelenggaraan (maintenance).

7) Alat-alat gantian kereta.

8) Kos yang perlu ditampung apabila berlaku kejadiaan yang tidak diingini. Contohnya? Kereta rosak di tengah jalan.

                      

3 Contoh pembelian kereta yang merugikan. Contoh 3 paling epik

Untuk jadikan otak kita lebih faham tentang betapa besarnya kos-kos yang perlu kita tanggung apabila membeli kereta, Faizul Ridzuan sudah tolong buat kira-kira.

Secara ringkasnya, beli kereta merupakan satu keputusan yang boleh menjahanamkan masa depan kewangan kita.

1) Jika beli kereta Myvu (bukan nama kereta sebenar), nilainya akan jatuh sebanyak RM28,000 dalam masa 10 tahun.

Manakala kos untuk jaga kereta Myvu pula adalah RM1,400.

Percaya atau tidak, apabila kita campur semua kos Myvu, kita sebenarnya mampu untuk beli apartment Menara Orkid pada tahun 2005, dan memperoleh keuntungan sekitar RM142,000 pada hari ini jika rumah itu dijual.

2) Jika kita beli kereta buatan Jepun seperti Hondu Citu, nilainya akan jatuh sekitar RM49,000 dalam masa 10 tahun.

Kos untuk menjaga kereta ini pula sekitar RM1,736.

Ini bermakna, kita telah kehilangan peluang untuk beli aset hartanah seperti Pangsapuri Tania di Kota Damansara pada tahun 2005.

Berapa keuntungan kasar yang kita boleh dapat jika jual Pangsapuri Tania pada hari ini? Tak banyak. Cuma RM212,000.

3) Jika beli kereta Jerman seperti Biyemdabelyu, lagi jahanam.

Dalam masa 10 tahun, kita akan kerugian sebanyak RM185,000. Manakala kos untuk jaga kereta Biyemdabelyu adalah RM4,655.

Kalau kita guna duit ini untuk beli MK Pines di Mont Kiara pada tahun 2005, kita boleh dapat keuntungan kasar sebanyak RM674,730 jika rumah itu dijual pada tahun 2015.

                       

Menyesal tak beli rumah… Atau menyesal tak beli kereta?

Harap tiada siapa terasa hati dengan artikel ini.

Eh, tak. Tok memang nak pembaca terasa hati kerana keputusan pembelian kereta adalah keputusan kita sendiri.
Tok tak pernah dengar ada orang menyesal tak beli kereta XYZ 10 tahun lalu.

Tapi, Tok selalu terima ayat penyesalan seperti ini,

“Menyesal aku tak beli hartanah XYZ ini 10 tahun lepas.”

Menyesal sekarang memang tak dapat apa. Nasi sudah jadi bubur.

Setiap kali nak beli kereta atau rumah, gunakan artikel ini untuk betulkan otak kita supaya dapat buat keputusan yang lebih tepat.

Jangan kerana nak nampak hebat di depan orang dengan kereta mewah, kita sanggup gadaikan kebebasan yang sepatutnya kita boleh dapat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen