"Salah Faham Dan Lakukan Banyak Kesilapan Dalam Rumahtangga Kerana Kekurangan Ilmu..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan ini bukan hanya menghalalkan satu hubungan cinta yang telah lama dibina tanpa diisi sedikit pengetahuan dan persediaan awal di dalamnya. Banyak orang yang berkahwin kerana cemburu melihat mereka yang berkahwin itu bahagia bersama orang yang mereka kasihi, sedangkan perkahwinan ini perlukan kesediaan dan ilmu yang mencukupi agar suami isteri tahu bagaimana untuk kendalikan rumah tangga dengan baik.

Perkahwinan ini perlu dipandang dalam sudut agama bukan dari sudut keduniaan. Ini kerana, anda yang berniat untuk berkahwin kerana agama, pasti akan menunaikan tanggungjawab yang sebenarnya berbanding yang berkahwin kerana dunia semata-mata.

Berdasarkan perkongsian daripada Puan Rohamiah Muda, kesilapan dan salah faham yang berlaku itu adalah kerana kurangnya ilmu dalam diri mereka. Mari sama-sama kita renungkan.



"Sebenarnya, banyak kesilapan dan salah faham dalam rumah tangga berlaku kerana kurangnya ilmu.

Hari ini, sama ada suami, isteri, mak ayah atau mentua memandang perkahwinan dari segi dunia, bukan pada pandangan agama.

Contohnya, anak lelaki disuruh berkahwin supaya anak lelakinya dijaga oleh isteri. Padahal dalam agama, seorang lelaki berkahwin untuk menjaga dan melindungi seorang wanita, iaitu isterinya.

Kata ibu kepada anak lelaki, "Carilah bini, ada yang menjaga kamu."

Faktor inilah yang menyebabkan ramai suami yang tidak bertanggungjawab kerana perkahwinan dibina bukan kerana agama. Tetapi, lelaki berkahwin dengan niat ada seorang isteri yang menjaga dirinya. Sedih!

Lagi? Antara salah faham dalam perkahwinan adalah, isteri seolah-olah diwajibkan bekerja untuk membantu kewangan suami.

Padahal, dalam agama, suami wajib bekerja untuk menyara isteri dan anak-anak. Suami wajib mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh supaya anak isteri tidak kebulur.

"Kak, suami tak bagi saya berhenti kerja. Nanti duit belanja rumah tak cukup," adu seorang isteri kepada saya. Allahu.

Suami sekarang agaknya sudah hilang rasa malu kerana makan duit hasil titik peluh isteri. Dunia sudah terbalik.

Salah faham yang lain adalah jika isteri bekerja, suami melepaskan terus tanggungjawab dalam urusan nafkah dan kewangan keluarga. Bahkan, duit isteri dianggap seperti duit sendiri.

Paling geram rasa di hati jika suami bersifat kedekut. Apabila isteri minta sesuatu, suami berkira-kira. Padahal suami lupa isteri banyak membantu dalam urusan keluarga. Macam mana rezeki mahu masuk jika dengan keluarga sendiri bersifat kedekut?

Satu lagi isu yang paling menyedihkan adalah isteri yang tidak bekerja dipandang rendah oleh keluarga suami. Allahu.

Isteri yang tidak bekerja sebenarnya banyak memberi sumbangan kepada rumah tangga dan keluarga. Anak-anak lebih terurus dan rumah tangga pun lebih terjaga.

Inilah kesilapan jika kita hanya memandang dunia semata. Niat berumah tangga bukan kerana Yang Maha Esa.

Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Insya-Allah, Allah pasti bantu jika kita ada masalah.

Hidup pasti bahagia jika kita ikut agama"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen