Moment Dalam Kereta Bersama Anak Mampu Rangsang Untuk Lebih Matang Serta Tanam Empathy Dalam Diri Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kehidupan yang sibuk kadang kala membuat kita kurang menumpukan perhatian dan mendengar luahan hati buah hati kesayangan kita. Saat anak-anak sedang membesar ini, ibu bapa seharusnya memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak. Ini kerana, mereka sentiasa dahagakan perhatian dan tempat mendengar segala luahannya.

Tapi kerana terlalu sibuk kita selalu sahaja memilih untuk mengabaikannya. Tahukah anda bahawa, saat anda menjemput anak pulang dari sekolahnya dan di saat anda berdua sahaja di dalam kereta itu adalah saat terbaik untuk kalian saling berkomunikasi dan tumpukan perhatian kepadanya.

Sedikit perkongsian daripada Puan Sharifah Zahidah, mengenai anak-anak yang berkongsi cerita dan pengalaman yang dirasai akan membantu mereka merangsang fikiran mereka dengan lebih matang malah mampu menanam perasaan empathy dalam diri mereka.



"Minggu lepas, penuh di newsfeed ibu bapa share moment indah, gembira, sedih, terharu, cuak - bila anak-anak yang sebelum ni selalu merengek manja sekarang ini sudah memasuki darjah 1.

Masing-masing tak ketinggalan, pos gambar anak mereka pertama kali pakai baju sekolah.

Comel kan? Saya tengok pun, ralit.

Layan 1 demi 1 gambar anak-anak kepada kawan-kawan saya.

Dan tak kurang jugak, ramai ibu bapa yang share dialog dengan anak-anak bila balik sekolah.

Antara dialog famous,

"Makan apa di sekolah tadi?"

"Bekal bawak tadi, habis makan tak?"

"Rehat dengan siapa tadi?"

"Siapa nama kawan baru?"

Bagus. Soalan simple sebegini dapat bantu kita buka lebih banyak dialog dan mendorong anak kita bercerita dengan kita.

Bagi saya, moment ibu bapa ambil anak dari sekolah, adalah moment yang sangat penting untuk terus dijadikan sebagai rutin kita berbual-bual dengan anak.

Anak penat?

Ya, penat!

Tapi mereka juga sangat excited nak share pengalaman dan cerita baru mereka dengan kita.

Apa yang perlu kita buat, adalah manipulate moment ini untuk RANGSANG anak-anak berfikir dengan matang, dan MENANAM RASA EMPATHY dalam diri mereka, supaya mereka membesar jadi manusia yang ada hati dan perasaan.

Bunyi simple kan?

Tapi ketahuilah ibu bapa,

Berapa ramai manusia yang dibesarkan hari ini menjadi manusia berhati kering, tiada nilai empathy, sifar nilai kemanusiaan.

Buka mata tengok realiti.

Tengoklah kanan kiri.

Jadi, usah ambil ringan tentang peranan dan kepentingan kita sebagai ibubapa untuk didik anak SUPAYA MEREKA JADI EMPATHY.

Bukan sikit kes perceraian, kerana isu sifar empathy dalam diri.

Berapa banyak kes buli, kerana isu sifar empathy dalam diri.

Berapa banyak jenayah rompak dan bunuh, juga kerana isu sifar empathy dalam diri.

Macam mana nak instill empathy dalam diri anak?

InshALLAH, saya akan kongsikan,

Tips ibu bapa boleh manipulate 'moment dalam kereta' lepas ambil anak dari sekolah, untuk jadikan anak-anak insan yang MAMPU LAHIRKAN SIFAT EMPATHY DALAM DIRI, secara semulajadi.

Ya.

Bukan empathy yang dibuat-buat.

Tapi empathy yang memang kita BENTUK DAN KELUARKAN DARI DALAM DIRINYA SENDIRI.

Sehingga bila sampai dalam babak-babak hidup yang menuntut empathy untuk diterjemah pada karakter diri, dia akan mampu berperanan sebagai manusia paling banyak kasih sayang dan rahmahnya, empathynya untuk orang lain. Bukan empathy yang acah-acah dibuat, tapi hakikatnya hati langsung tidak peduli.

InshaALLAH, saya akan kongsikan bila-bila nanti."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen