Pentingnya Toleransi Dalam Rumahtangga.

Antara resipi perkahwinan yang paling penting adalah toleransi antara suami dan isteri, atau dipanggil Give & Take. Tiada toleransi ini, tidak berjayalah suami isteri dapat membina mahligai perkahwinan bersama untuk selamanya.

Toleransi ini penting untuk diterapkan dalam diri sendiri kerana ia bukan sahaja untuk dalam perkahwinan, malah dalam mana-mana perhubungan sekalipun amat memerlukan toleransi. Tambahan, dengan sahabat handai juga memerlukan sikap ini supaya dapat mengekalkan hubungan sehingga digelar BFF.

Di pejabat juga memerlukan sikap toleransi antara majikan dan pekerjanya supaya dapat mendengar pendapat yang berbeza, kerana idea pada setiap individu adalah berlainan. Tiada pendapat dari berlainan individu, sudah tentu syarikat tidak akan berkembang maju.

Oleh sebab itu, sekiranya setiap individu dapat menerapkan sikap toleransi dalam diri, berkemungkinan besar dapat menguruskan segala hal peribadi termasuklah dalam rumah tangga. Rumah tangga, bukan sekadar hubungan bersama pasangan sahaja kita perlu bertoleransi, malahan dengan keluarga mertua dan ipar duai juga.

TOLERANSI ANTARA IBU MERTUA DAN IPAR DUAI.

Pentingnya toleransi dengan keluarga mertua kerana disini dapat dilihat apabila isteri dapat mencapai kata sepakat dari segi kerja-kerja dapur atau dalam hal penjagaan anak. Ini kerana ibu mertua pasti mempunyai gaya yang tersendiri dalam menjaga anak-anaknya, dan tidak boleh terus-menerus manyalahkan anak menantu.

Apabila balik kampung ibu mertua, sudah pasti si isteri perlu pandai membuat kerja di dapur. Jika isteri tidak pandai memasak, sekurang-kurangnya tolonglah potong bawang, sayur dan sebagainya. Jangan hanya terperap di dalam bilik atau menonton Youtube sahaja.

Berusahalah dalam membantu ibu mertua yang akan menyejukkan hati mereka.

Malah, sentiasa cuba untuk berkomunikasi dengan ipar duai juga. Inikan kata tidak ngam, langsung terus mengadu pada sahabat handai, dimana perbuatan itu tidak seharusnya dilakukan oleh individu yang matang dan sudah berkeluarga.

TOLERANSI ANTARA SUAMI DAN ISTERI.

Oleh sebab itu, penting bermula dari toleransi antara suami dan isteri. Jika terdapat sikap toleransi dengan pasangan, tidak mustahil mudah sahaja kita bertoleransi dengan keluarganya juga. Apabila isteri tidak pandai masak, sama-sama duduk di dapur untuk usahakan satu masakan pada hari tersebut. Didik isteri untuk menggunakan pelbagai aplikasi untuk mencari resepi.

Sentiasa bersama-sama dengan isteri, dimana jua isteri berada pasti akan memberi mereka semangat untuk melakukan apa jua perkara. Jangan biarkan isteri terlalu berdikari. Isteri juga perlulah sentiasa meminta tolong dari suami. Dalam perkahwinan ini, suami isteri seharusnya melakukan semua perkara berdua bukan berseorangan.

Bila si isteri sentiasa melihat suami sentiasa memberi pertolongan, walaupun tidak pernah meminta, pasti suatu hari hatinya mula tersentuh. Bersyukur. Redha. Sanggup berkorban demi suami tercinta. Sanggup bersusah payah, hidup susah bersama suami.

PELAJARI UNTUK MENERIMA KETIDAKSEMPURNAAN PASANGAN.

Dengan adanya sikap toleransi, pasti dapat menerima pasangan dengan seadanya. Pasangan itu tidak sempurna. Ada kekurangan disebalik kelebihannya. Nampak gagah, tapi sebenarnya memiliki hati yang rapuh. Pandanglah kelebihan pasangan sebagai kesempurnaan untuk memudahkan rumahtangga.

Jangan terlalu memaksa pasangan untuk berubah, semuanya mengambil masa. Namun, jika terlupa sentiasalah saling ingat-mengingati. Jangan menuding kesalahan pada pasangan sahaja. Semakin meningkat usia, semakin dekat kita dengan kematian.

Pilihlah hidup untuk berbahagia kerana hidup semakin singkat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen