Penting!Merancang Kewangan Untuk Keluarga Bukan Kedekut Tapi Untuk Masa Hadapan.

Jika merancang kewangan untuk keluarga adalah untuk kedekut dengan anak-anak dan juga isteri, adakah merancang kewangan bagi mereka yang bujang adalah untuk kedekut dengan diri sendiri?

Pengaturan kewangan sangat penting dalam kehidupan manusia adalah untuk mengetahui ekonomi sebenarnya tidak selalu stabil. Dengan melihat segala rekod perbelanjaan diri sendiri, mampu melihat sejauh mana kita dapat menguruskan kewangan dengan berdikari. Adakah sentiasa mengalami kewangan negatif, kebocoran wang dan sebagainya.

Setelah berkahwin, amat penting untuk merancang kewangan untuk keluarga. Bukan untuk kedekut, akan tetapi untuk…

1. Untuk masa depan peribadi diri.

Setiap individu perlu berfikiran jauh dan rasional ketika merancang kewangan tidak kira sama ada ketika bujang atau telah berkahwin. Ketika bujang, wang kecemasan adalah untuk diri sendiri ataupun untuk keluarga sekiranya kita sendiri yang meninggalkan dunia.

Akan tetapi ketika hidup berpasangan, haruslah memikirkan, adakah pasangan kita ini sentiasa berjodoh bersama? Sepanjang mana hubungan anda dengan si dia? Adakah terputus kerana mengadap Ilahi atau perceraian?

Inilah realiti.

2. Untuk pendidikan anak-anak.

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT untuk para ibu bapa jaga. Jadi, mereka adalah tanggungan para ibu bapa. Bagaimana untuk menjaga amanah yang kecil molek ini? Bukan dengan hanya memberi makan dan minum sahaja, tetapi haruslah memberi mereka pendidikan yang secukupnya. Pendidikan anak-anak adalah satu kewajipan.

3. Untuk tabung pahala kebaikan akhirat.

Siapa cakap dengan merancang kewangan, menandakan kita seorang yang kedekut? Adakah segala amal jariah yang kita lakukan, perlu diheboh pada serata dunia? Dengan peratusan kecil dari gaji, sudah tentu kita peruntukan untuk bersedekah. Sentiasa menolong rakan ketika susah, menolong orang yang tidak berkemampuan, memberi perbelanjaan kepada kedua ibu bapa. Semuanya itu sedekah.

4. Untuk dana kecemasan keluarga.

Pentingnya merancang kewangan untuk keluarga adalah ketika berlakunya kecemasan. Benar, kita perlu bersangka baik dengan segala takdir Ilahi, akan tetapi sebagai manusia biasa pasti Allah akan berikan ujian. Jangan pula dikala ketiadaan dana kecemasan, tangan mula menadah minta simpati. Siapa yang harus dipersalahkan?

Diri sendiri yang tidak mahu menyediakan payung sebelum hujan? Atau orang yang tidak mahu membantu?

5. Untuk dana bersara.

Dan ini yang paling penting, kenapa perlu merancang kewangan keluarga. Dengan ada dana bersara untuk diri sendiri, sudah pasti dikala usia tua kita tidak akan bergantung dan menyusahkan orang lain. Takut nanti orang asyik mengatakan “Dah tua-tua pun nak susahkan orang..”

Adakah kita mahu hidup begitu? Tiada istilah kedekut sekiranya kita mahu merancang kewangan keluarga. Kena sentiasa beringat sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen