Nak Kekal Ramping Macam Rozita Che Wan? Jom Ikuti Tips Mudah Ini.

Ramai sahaja dikalangan kita mahu mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat dan mula menjaga diet pemakanan. Namun, ramai juga yang terkandas kerana tidak bersiziplin dan sukar untuk mengekalkan gaya hidup sihat, malah tidak mudah pula untuk tidak mengikut hawa nafsu terutamanya makanan pilihan.

Fast food, instant food, semua makanan yang mudah menaikkan berat badan, memang sukar untuk kita tepis.

Seperti yang kita tahu, Rozita Che Wan adalah selebriti yang mampu mengekalkan badannya menjadi ramping dari zaman muda sehinggalah sekarang. Jom ikuti tipsnya di laman instagram…

********

JUMLAH MAKANAN YG SESUAI, MENENTUKAN JUMLAH BERAT BADAN YG IDEAL!

Kita bila makan ni.. Pernah dak ambil kisah dengan jumlah makanan yg kita makan? Atau kita ambil dan agak2 ja jumlah yg kita perlukan? Atau kalau nampak sedap, kita akan ambil lebih?

OK lah biar I share dgn u olls.. Cara plg mudah skali nk sukat jumlah makanan kita.. Takkan lah I nak suruh uolls timbang pulak setiap apa yg uolls makan kan? Tak logik langsung!


Uolls cuma kena hafal, piramid makanan.. Piramid paling bawah adalah yg paling besar, bermaksud paling byk.. Yg di puncak adalah yg plg sedikit.. Itulah jumlah makanan yg uolls kena ambil mengikut jenis dan kedudukan makanan tu dlm piramid.. Ada beberapa jenis piramid, tp ini yg plg general.. .

Yg plg bawah, dan plg byk perlu diambil adalah sayur, salad dan buah-buahan.. Diikuti dengan nasi, bijirin, pasta dan roti..

Kemudian, susu, yogurt atau keju..

Barulah ayam, ikan, daging, telur..

Yg paling sedikit perlu diambil adalah makanan tinggi gula spt air tin dan makanan ringan..

Mudah jer kan nak ingat?

Sebenarnya tak salah nak makan.. Tapi pastikan ikut jumlah yg betul.. Dan sentiasa bersederhana dalam makanan yg byk garam dan gula.. Dua inilah bakal ‘racun’ ketika hari tua kita nanti.. Gula potong kaki, garam menyebabkan darah tinggi.. Huhuhu takuttt….

********

Rasanya ini memang tips yang disarankan oleh ramai doktor. Yang penting kawal kandungan gula dan garam. Kalau makan di restoran pasti kita tidak dapat mengawal kandungan sodium dalam makanan, kerana itu kadang-kala kita berasa ketagih untuk makan di restoran yang sama sahaja. Semoga tips ini memberi manfaat pada ramai individu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen