"Budak Lelaki Paling Bagus Ajar Kerja Mencuci Ini, Dah Besar Nanti Taklah Suruh Perempuan Yang Buat Sahaja" - Yana Samsudin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak suntik semangat rajin membantu dan ringan tulang pada anak ini perlulah dilakukan dari awal lagi. Terutama dari usia mereka ini masih kecil lagi. Ajar untuk mereka lihat dan terokai apa yang anda lakukan setiap hari di rumah, barulah mereka juga akan lakukan yang sama.

Sebab itulah mak ayah perlu sentiasa galakkan anak-anak lelaki untuk melihat apa yang ibu-ibunya lakukan setiap hari. Berdasarkan saranan pelakon, dan pengacara Yana Samsudin, ini banyak benarnya apabila anak lelaki ini perlu didedahkan dengan aktiviti orang perempuan.

Menurut Yana menerusi laman Instagram miliknya, apabila anak lelaki terdedah dengan aktiviti seperti mencuci, menukang, menyapu dan lain-lain lagi, ia akan mendidik anak lelaki agar bila dewasa nanti tidak mengharapkan orang perempuan sahaja untuk lakukan tugas seperti itu.



                     

“Dah 3 bulan tak cuci kusyen kerusi. Hari ni baru teringat nak cuci. Ada 6 kerusi, cuci 3 dulu. Takut tak kering.”

Tengah cuci, mak (nenek @aisymateen ) jerit. "Mateen nanti basah baju!!"

Momy tolong jawab "tak apa lah mak, kita kena dedahkan aktiviti dengan anak kita. Lagi lagi kerja mencuci ni. Karang dah besar tak tahu macam mana cara nak cuci. Budak lelaki paling bagus ajar kerja cuci cuci ni. Dah besar nanti tak lah suruh perempuan je yang buat kerja cuci cuci ni... " membebel mommy .

Hahaha mak cakap sepatah , anak jawab banyak.


                      

Manakala mateen masih kusyuk sambung menyabun dan memberus kusyen kerusi.

Hakikatnya memang kita kena bagi anak kita tengok kita ketika menukang ke, menyapu ke, mencuci baju ke , mencuci kereta ke, cuci pinggan ke. Asas supaya dia nampak, dia rakam dalam kotak minda dia, dah besar tau lah dia nak buat macam mana. Sebab mommy rasa mommy tahu banyak benda kerja kerja rumah dan menukang ni sebab selalu tengok mak dan abah buat kerja semua tu.

"Sekarang saya tengah korek tanah nak tanam pokok pun riuh panggil anak suruh tengok..." hahaha.. kepoh.

So, kepada suri rumah yang selalu dukung anak ketika masak ke atau tengah buat kerja, tahniah!! Anda telah melahirkan anak yang rajin juga bila dewasa nanti.”


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen