Tanda-Tanda Suami Anda Sebenarnya Ketagihan Bermain Game.

Ketagihan bermain game pada masa kini, sudah menjadi kebiasaan dengan peredaran zaman. Bermain game di alam perkahwinan turut menjadi situasi normal dimana isteri atau suami sudah lali sekiranya pasangan gila game.

“Alahhh, dia main game je…sebaik tak main perempuan/lelaki…”

Ketahuilah anda bahawa ayat ini tidak cerdik sekiranya diluahkan pada pasangan kerana anda seolah-olah mementingkan barang yang tidak bernyawa berbanding yang bernyawa (Suami/isteri). Amanah Allah yang diturunkan untuk kita jaga, diperlakukan sebegitu rupa? Berhati-hati dalam berkata-kata!

Jom lihat tanda-tanda suami anda sebenarnya ketagihan bermain game.

1. Suami kelihatan lebih gembira bermain game daripada bermain dengan anak-anak ataupun meluangkan masa dengan keluarga.

2. Suami lebih gemar meluangkan masa bermain game daripada berjumpa dengan saudara mara, malah ketika family gathering pun sibuk main game sahaja.

3. Suami meluangkan masa yang lebih pada game sahaja sehingga terabai tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga, jika si isteri meminta tolong kemas rumah pasti ditengking.

4. Suami sangat konsisten bermain game dari pagi sehingga ke malam. Seperti ada jadual pula, kerana mahu menguruskan strategi berperang sebagai contoh.

5. Suami memiliki daya tahan tubuh badan yang semakin lemah kerana lewat tidur. Eyebag pula seketul. Sering dimarahi oleh majikan kerana prestasi kerja yang menurun dengan mendadak.

6. Suami tidak lagi minat meluangkan masa bersama isteri untuk beriadah bersama seperti dahulu.

7. Suami tidak sedar bahawa sahabat handai dan jiran juga sering bercakap mengenainya yang kerap bermain dengan telefon bimbit. Yelah, bermain game di ruangan beranda sambil menjerit, mestilah jiran pun perasan.

8. Suami sering tidak melunaskan janjinya kerana menipu mengenai berapa lama mereka bermain game. “Taklama ni abang main, sekejap lagi abang tolong…” “Alahhh, sekejap sayang ada senjata baru nak cuba guna ni….” Dan macam-macam lagi…..

Sekiranya anda sebagai isteri memiliki suami yang memang gila bermain game, malah memiliki anak yang ramai…anda sepatutnya:

1. Elakkan daripada bermain game bersama dengan suami, kerana tindakan ini sebenarnya tidak sweet dilakukan sekiranya tanggungjawab atau peranan suami isteri tidak dilaksanakan.

2. Elakkan daripada mengungkapkan kata-kata yang mengundang aura negatif pada rumahtangga seperti

“Dia main game je…atleast duduk rumah…”

“Atleast dia tak curang…”

“Dia ketagih main game je….bukan ketagih benda lain…”

3. Elak daripada membiarkan suami anda bergelumang dengan game tersebut tanpa memberi nasihat pada mereka. Semakin lama anda mengabaikan suami anda bermain game, semakin leka suami anda dan menjadi suami yang tidak bertanggungjawab.

4. Elakkan kurang berkomunikasi dengan suami, lebih-lebih lagi mengungkap kata cinta kerana kadang-kala sebenarnya suami kurang kasih sayang dan kurang mendapat sentuhan, belaian atau kata-kata cinta daripada isteri.

5. Dan yang paling penting adalah, elakkan membuat diri anda bukan kepentingan pada suami. Sebab itu kadang-kala isteri tidak boleh terlalu berdikari sehingga suami akan merasakan anda boleh buat apa sahaja berseorangan.

Oleh itu, sepanjang dalam perkahwinan jangan sesekali terjebak dengan game di telefon bimbit yang mana di pengakhirannya tidak melaksanakan tugas sebagai suami isteri dan ibu bapa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen