"Lafaz Talak Itu Jangan Diminta Atau Diucapkan, Kalau Sudah Jatuh Air Mata Menjadi Teman" - Ikuti Kisah Ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan ini bukan mudah untuk mengharunginya. Banyak cabaran yang akan kalian hadapi sebelum mendapatkan sebuah kebahagiaan yang sebenarnya. Kadang kala cabaran itu datang dari pasangan kita ataupun dari diri sendiri. Tidak cukup itu, ada juga yang datang dari kedua-duanya. Tapi cara kita untuk tangani cabaran itu lebih penting berbanding bagaimana ia datang.

Sebab itulah dalam perkahwinan ini, mulut kena jaga, jangan mudah untuk minta cerai dan jangan mudah untuk melafazkan cerai, kesudahannya diri sendiri yang makan hati. Cerai dan talak ini tidak boleh dibuat main, sebabnya ia adalah hal yang serius di antara suami isteri.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh saudari Wan Nurul Hani ini sememangnya menyentuh hati isteri-isteri, malah ia sering berlaku di sekeliling kita.



Suami dan isteri datang ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz cerai..

Hakim bertanya kepada si suami.. "Betol ke kamu ada lafaz cerai talak 3 kepada isteri kamu dengan mengatakan "aku cerai mung talak 3"?

Jawab si suami.. "Ya betol tuan hakim.."

"Ada orang paksa tak masa tu kamu untuk lafazkan cerai?"

"Takde tuan hakim.."

"Kamu sedar atau tidak masa lafaz tu?"

"Saya masa tu baru bangun tido.. Sedar tak sedar gitu la keadaan saya.."

Hakim bertanya lagi.. "Kamu waras ke tidak masa lafazkan tu?"

"Saya waras tidak waras gitu la tuan hakim.. 50-50 pasal saya baru bangun tido.."

"Saya nak kamu jawab ya atau tidak je.. Kamu sedar atau tidak.. Dan kamu waras atau tidak masa kamu lafaz tu.."


Terdiam si suami.. Mungkin keliru barangkali dengan keadaan dia masa itu..

Akhirnya si suami iyekan.. "Betol saya sedar dan waras masa itu.."

Tiga kali persoalan itu ditanya oleh tuan hakim kepada si suami.. Dan jawapan daripada si suami masih tetap sama..

"ya saya ada lafaz begitu"

"ya saya sedar pada masa tu"

"ya saya waras pada masa tu"

Tiba-tiba si isteri mencelah "tapi tuan hakim.. Hari tu suami saya kabo/ bagitahu kat saya dia dalam keadaan tidak sedar masa tu sebab dia baru bangun tido" sambil menangis teresak-esak.. Nampak dia pertahankan dan berharap talak itu tidak jatuh..

                       

Tuan hakim pahamkan si isteri "macam ni puan, segala keterangan hanya akan di dengar dalam mahkamah sahaja.. Apa-apa keterangan atau pengakuan yang dibuat oleh suami puan di luar mahkamah tidak akan diambil kira.. Saya dah bertanya 3 kali kepada suami puan.. Dan dia akui benda tu"

Isteri masih lagi nampak sedang mengelap air mata.. Suami dihujung sana diam membisu..

Tanya tuan hakim lagi.. "Sudah berapa lama puan kawen?"

"11 tahun.."

"Ada berapa orang anak?"

"4 orang.."

Tanya tuan hakim pada si suami "dah bakpe yang sapa gi lafaz cerai masa tu?"

Jawab si suami "masa tu kami bergaduh sikit.. Lepastu saya terlafaz cerai"

Atas pengakuan si suami yang dia ada lafazkan cerai isterinya dengan talak 3 dengan lafaz yang sorih dalam keadaan sedar dan waras.. Maka tuan hakim sabitkan jatuhlah talak 3 tersebut..

Makin menangis la si isteri dengar keputusan tuan hakim.. Si suami masih berkedaan tenang di sana..

Tuan hakim ingatkan si suami..

"Lepasni kamu jangan pulak gila talak.. Kamu upah kawan kamu untuk berkahwin dengan bekas isteri kamu.. Kemudian kamu suruh dia ceraikan bekas isteri kamu.. Kemudian kamu kahwin balik dengan bekas isteri kamu.. Tolong jangan buat begitu.. Dan puan saya harap puan boleh terima keputusan ini dengan hati yang redha.."

Pesan tuan hakim "kita ni sama ada lelaki atau perempuan.. Mulut jangan lembik/laju/ringan sebut perkataan cerai.. Yang perempuan suka mitak cerai.. Yang lelaki mudah nak lafaz cerai.. Jangan diamalkan buat benda tu.. Cuba bertolak ansur.. Perkahwinan itu satu tanggungjawab antara satu sama lain"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen