Pasang 5 Niat Ini Untuk Mudahkan Rezeki Masuk.

Majoriti dikalangan kita hanya menyangka rezeki yang masuk dalam hidup kita adalah seratus peratus dari segi kewangan sahaja. Ramai yang beranggapan dengan memberi wang pada orang yang tidak berkemampuan, kita akan dapat wang berlipat ganda juga. Namun, takdir Allah SWT yang menentukan tidak dapat kita gambarkan.

Rezeki yang masuk adalah seperti kesihatan diri, pasangan, ibu bapa, dan adik-beradik yang baik. Mendapat jodoh yang berakhlak baik juga adalah rezeki dari Allah SWT. Mendapat pekerjaan yang baik, malah tenang sahaja ketika melakukan kerja adalah sumber rezeki yang kita tidak boleh sangkal lagi. Lihatlah rezeki ini dari perpsektif yang luas. Bukan hanya pada wang sahaja.

Jadi, untuk menjemput rezeki,setiap individu perlu memasang niat dengan seperti perkongsian dari saudara Hafizul Hakim….

******** 

1. Niat sedekah.

Tak perlu tunggu jana pendapatan RM1 juta baru nak bersedekah. Niat infakkan sedekah mingguan di tabung masjid setiap hari Jumaat.

Takkan usahawan bagi RM1 je kan. Untuk awal-awal latih diri bagi RM5 tiap minggu. Nanti rezeki bertambah upgrade lagi jadi RM10 dan seterusnya.

2. Niat bayar zakat.

Ramai orang lupa soal zakat. Ianya wajib dan tak banyak, 2.5% je. Nanti pergi baitulmal kira.

Orang alim beritahu, zakat fungsinya mensucikan harta. Ibarat insuran dari Allah SWT untuk diri kita.

Jangan sekali-kali menyamakan zakat dengan cukai. Ingat, miskin ujian. Kaya jugak ujian tau!

3. Niat tolong ibu bapa.

Semestinya sebagai anak, dorongan paling kuat untuk kita terus kental sanggup bersengkang mata, kerja lebih dari 8 jam sehari dan sanggup hadapi pelbagai cabaran disebabkan ibu bapa.

Kongsi rezeki kita peroleh dengan mereka. Ada pelbagai cara misalnya bagi nafkah bulanan, belikan keperluan rumah, temani mereka buat ibadah umrah dan sebagainya.

4. Niat kongsi rezeki dengan isteri dan anak-anak.

Mereka adalah sumber inspirasi paling jitu. Kebanyakan BIG WHY setiap usahawan adalah disebabkan isteri atau anak-anak.

Justeru, lebihkan anak isteri baru kawan-kawan. Ye, zahir memang korang nak luaskan network tapi ingatlah hakikatnya ‘decision maker’ tetap Allah SWT.

5. Niat bantu ramai orang.

Apabila dah maju sedikit bantu orang lain juga. Gunakan pengaruh atau kemampuan yang ada untuk pastikan orang keliling juga dapat manfaat.

Ingat formula fadilat sedekah iaitu bagi satu, Tuhan balas balik 10 kali ganda. Sebelum tidur jangan lupa sebut Alhamdulillah, tanda zahirkan kesyukuran kita atas nikmat rezeki Allah berikan.

Didik diri untuk belajar terima seadanya. Kalau yang sedikit kita tak reti bersyukur, apatah lagi yang banyak. Begitulah.

Indahnya rezeki yang halal lagi berkat.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen