Rawatan Muka Bukan Hanya Untuk Wanita Sahaja, Penting Juga Buat Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita lihat wanita akan lebih mudah untuk melakukan penjagaan dan rawatan muka berbanding orang lelaki ini. Tapi jika orang lelaki yang melakukan perkara sebegini, ia pasti kelihatan janggal dan jarang sekali kita melihat lelaki melakukan rawatan sebegini.

Jadi mengapa rawatan muka bukanlah sesuatu yang menjadi pilihan untuk individu lelaki? Adakah kerana merasakan rawatan muka sesuatu yang bersifat kewanitaan?



Artikel ini akan berkongsi mengenai manfaat membuat rawatan muka untuk lelaki. Siapa tahu, anda sebagai kaum lelaki akan berminat untuk mendapatkan rawatan muka selepas ini.


Apa itu rawatan muka?


Merupakan satu prosedur yang menggabungkan pelbagai kaedah rawatan kulit untuk menjaga kulit muka anda. Proses seperti pembersihan muka, pengelupasan, penyuburan kulit dapat memberikan kulit lebih sihat, terhidrat dengan baik dan membantu kulit menjadi lebih muda.

                         


Mengapa rawatan muka penting untuk lelaki?


Individu lelaki mungkin merasakan mendapatkan rawatan muka adalah sesuatu proses yang cerewet untuk dilakukan. Tetapi tahukah anda bahawa mendapatkan rawatan muka adalah penting seperti penjagaan kereta anda?

Sinaran UV matahari dan rutin mencukur boleh menyebabkan kerosakan kulit yang tidak dapat diperbaiki dengan air dan sabun yang anda gunakan setiap hari. Hakikatnya lelaki lebih memerlukan rawatan muka akibat terdedah kepada matahari, liang pori yang lebih besar, dan kulit yang lebih kasar.


Apakah manfaatnya?



                       

1. Cukuran lebih licin.

Cukuran dari pisau cukur yang melalui kulit muka yang sensitif boleh menyebabkan kerengsaan, keradangan, kulit rasa terbakar dan ia akan menjadi lebih teruk jika ia terkena jerawat.

Rawatan muka akan dapat membantu membersihkan jerawat, di samping menjadikan kulit lebih lembut dan halus.

Gabungan kaedah yang sering digunakan oleh profesional ketika sesi rawatan muka seperti minyak pati, pengelupasan, pelembap dan topeng muka menjadikan kulit lebih licin dan ia membantu menjadikan proses cukuran akan kurang menyakitkan serta memberikan hasil yang lebih baik.



2. Pengelupasan.

Ia membantu menyingkirkan kulit-kulit mati untuk memberikan kulit yang lebih sihat dan lebih muda. Ketika proses ini membuang sel kulit mati ini dengan menggunakan scrub, ia membolehkan liang pori yang tersumbat dengan kekotoran untuk dibersihkan

3. Lebih banyak minyak.

Lelaki mempunyai tahap testosteron lebih tinggi berbanding wanita, ini membuatkan lelaki menghasilkan lebih banyak minyak. Jika tidak dibersihkan dengan betul, akan membuatkan minyak menyumbat liang dan menyebabkan timbulnya bintik hitam yang mengakibatkan jerawat.

Pakar rawatan muka akan melakukan proses pengesktrakan semasa merawat muka, ia membantu menyingkirkan minyak dan kotoran yang menyumbat liang-liang pori.

Walaupun lelaku menghasilkan minyak lebih banyak, ini tidak bermakna semua lelaki mempunyai kulit yang berminyak. Jadi setiap rawatan akan dilakukan mengikut keperluan kulit anda.

                     

4. Manjakan diri sendiri.

Tidak ada salahnya untuk sesekali anda memanjakan diri anda dengan mendapatkan rawatan muka. Dari pad mata sehingga urutan santai di bahu, leher dan kepala, ia menjadikan rawatan muka sesuatu yang menyenangkan.

Tidak kira rawatan apa yang anda pilih, rawatan muka pasti dapat memberikan anda rasa kesegaran dan ketenangan yang tidak diperolehi di tempat lain.

Jika anda mempunyai masa dan kewangan yang mengizinkan, ia adalah berbaloi untuk mendapatkan rawatan muka. Ia merupakan sesuatu perkara yang tidak akan anda perolehi dari rutin harian anda.

Seorang pakar penjagaan kulit profesional dapat membantu menilai keperluan khusus kulit dan menyesuaikannya dengan kaedah penjagaan kulit peribadi untuk menjadikan kulit anda lebih sihat.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen