Elak Lakukan 7 Perkara Ini, Ia Akan Mempengaruhi Warna Gigi Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Gigi biasanya akan mempermainkan peranan yang tersendiri terhadap penampilan anda, terutama dalam memberi senyuman. Ramai orang mengidamkan gigi yang putih dan bersih, tapi malangnya pemakanan dan rutian harian anda mungkin menyebabkan anda tidak boleh miliki gigih seperti itu.

Ada yang mengambil jalan mudah untuk memutihkan gigi ini dengan berjumpa doktor gigi serta mengambil beberapa jenis produk yang mampu memutihkan gigi. Tapi berape lama ia akan memberi kesan kepada gigi anda itu?

                       

Daripada anda menghabiskan banyak wang dengan melakukan pemutihan gigi, apa kata anda elakkan lakukan beberapa perkara ini dalam rutian harian anda.



1. Pemakanan anda.

Pengambilan kopi yang berlebihan dan juga anggur merah akan memberi pengaruh kepada warna gigi anda. Memakan atau meminum sesuatu yang sangat masam dan sangat manis juga cenderung melemahkan enamel dan mengekspos dentin, zat kekuningan di bawah gigi yang membentuk lapisan kedua dari gigi. Selain itu, blackberry, teh hitam, dan anggur putih juga akan memberi kesan kepada gigi anda jika selalu diamalkan.

2. Malas menggosok gigi.

Menggosok gigi adalah satu rutin yang wajib anda lakukan setiap hari. Anda perlu melakukan rutin ini sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan juga sebelum tidur ataupun selepas makan atau minum sesuatu.

                         

3. Menggosok gigi dengan kerap.

Sebuah kajian menunjukkan bahawa ubat gigi juga mampu mengubah warna gigi menjadi lebih gelap jika sering digunakan. Banyak ubat gigi yang diperbuat dari bahan abrasif yang bekerja menghilangkan kotoran pada permukaan gigi.

Jika digunakan dalam jumlah yang bersesuaian, produk ini memang dapat bekerja tanpa merosak enamel, namun jika terlalu kerap, dentin kuning akan mula kelihatan.

4. Secara genetik, gigi memang berwarna kuning.

Tidak semua enamel gigi adalah sama. Sesetengah orang mempunyai gigi putih bersih, sementara yang lain mempunyai warna gigi kekuningan atau gelap.


5. Ambil ubat tertentu.

Ubat tertentu bukan sahaja dapat mengatasi penyakit malah ia akan memberi kesan sampingan kepada gigi anda. Ubat akan diambil akan masuk keseluruh tubuh dan tersebar melalui aliran darah termasuk gigi juga.

                      

6. Merokok.

Seperti yang ramai tahu bahawa merokok ini adalah punca kepada kekuningan gigi. Jadi selagi anda masih merokok anda tidak boleh miliki gigi yang bersih dan putih.

7. Semakin tua.

Peningkatan usia tua juga boleh menyebabkan enamel gigi kehilangan warna putihnya. Adakah gigi anda sudah berubah warna sekarang?


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen