Gajet Sebenarnya Mampu Memberi Kesan Yang Baik Pada Anak-Anak. Cuma Jangan Tersilap Langkah.

Sudah lama masyarakat kita disogok dengan segala keburukan tentang gajet-gajet terutamanya telefon bimbit. Malah beranggapan segala aplikasi yang dimuat naik dalam telefon bimbit hanya memberi kesan buruk sahaja pada individu kerana seolah-olah tiada langsung manfaat untuk generasi akan datang.

Sebenarnya ia bergantung dengan cara pemikiran setiap individu. Jika buruk sangkaannya, buruk juga segala perbuatan terhadapt gajet-gajet tersebut. Jika baik sangkaannya, baiklah perbuatannya dalam menggunakan gajet dimana dengan menyebarkan segala kebaikan dan positif sahaja.

Seperti perkongsian dari Encik Matt ini, sebenarnya ia terpulang pada pemikiran setiap individu..

********

Dulu saya pun selalu cakap HP atau gadget adalah tidak baik untuk saya dan anak-anak sedangkan setiap hari saya guna dan anak saya terdedah dengan alatan ini.

Tapi setelah mendengar pandangan dari seorang rakan buatkan saya ubah sangkaan ini. Kata beliau Jika kita selalu cakap,fikir perkara itu tidak baik,rosakkan kita maka datanglah perkara yang tidak baik dalam kehidupan kita.

Tapi apabila kita menggunakan HP,facebook atau gadget adalah salah cabang dari kebaikan maka baiklah yang kita akan dapat dalam kehidupan seharian kita.

Yang penting kita gunakan teknologi tersebut dengan bimbingan dan ilmu yang betul untuk membezakan mana yang bermanfaat atau tidak. Pilihan ditangan kita berdasarkan pemikiran kita yang waras. Contoh paling mudah. Kita dapat tengok kuliah agama atau seminar secara live tanpa kita berada di hadapan mereka.

Hari ini kita lihat Berapa ramai kanak-kanak dapat kebaikan dari menonton YouTube atau apa-apa video dari HP disebabkan mereka dapat bimbingan yang betul ketika menonton.

Dan lihatlah berapa ramai yang telah berjaya jadi usahawan hanya dari facebook dan youtube. Bahkan telah melahirkan ramai jutawan berjaya hanya dengan menggunakan facebook,Instagram ,tweeter,google etc.

Dan juga berapa ramai telah berani dan yakin melontarkan idea-idea dan pendapat yang bernas di facebook sehingga memberi manfaat kepada ribuan yang membaca. Lihatlah juga hari ini banyak yang kita belajar dari penulisan-penulisan difacebook terutama dalam bab kesihatan,kekeluarga dan perniagaan.

Lihat?

Hari ini saya belajar untuk lihat lebih banyak kebaikan yang ada disekeliling saya. Dan manfaatkan kebaikan teknologi yang ada pada saya sekarang.

Jangan Terlalu melihat,bercakap sesuatu perkara itu dari sisi keburukannya sahaja. Sedangkan sampah(tin,botol plastik,besi buruk) yang kita anggap tiada manfaat tetap memberi manfaat kepada lain.

-EncikMatt-

********

Semoga Bermanfaat Dan Ubahlah Sangkaan Kita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen