Nak Beli Rumah Bukan Mudah, Tapi Kalau Tak Mula Dari Diri Sendiri Sampai Bila Tak Tercapai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pengurusan jual beli rumah ini bukan satu perkara yang mudah, di mana ia tidak semudah anda membeli sebuah motosikal atau kereta. Banyak proses yang anda perlu lakukan untuk membeli rumah ini, dan yang paling utama adalah bermula dengan diri anda sendiri.

Ramai anak muda yang masih belum buka mata akan kepentingan pembelian rumah ini. Mana tidaknya masing-masing sedang sibuk menikmati keinginan mereka yang tersendiri. Jadi pengetahuan mengenai rumah ini tersangatlah sedikit buat diri.

Bukan itu sahaja, wang deposit untuk membeli rumah ini juga perlukan satu amount yang besar, sebab itu tidak ramai anak muda yang berani untuk mengambil langkah ini dahulu. Sedikit perkongsian daripada saudara Amir Syahir, di mana dirinya mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan anak muda yang miliki keinginan untuk membeli sebuah rumah.

Ikuti perkongsiannya.



Selalu juga lah saya dapat soalan macam ni;

“Bang, berapa perlu ada untuk beli rumah?”

Secara asasnya untuk membeli rumah pertama kita perlukan sebanyak 10% daripada harga rumah. Contohnya jika rumah berharga RM130,000. Kita perlu ada tunai RM13K untuk deposit sahaja.

Ia juga bergantung kepada Margin Pinjaman Perumahan (MOF). Ada juga dapat 80%-85% MOF untuk rumah pertama. Jadi kena sediakan wang yang lebih.

Selain itu, peruntukan yuran guaman untuk proses jual beli, memproses dokumen perjanjian juga perlu di ambil kira. Biasanya 3-4% daripada harga jual rumah tersebut. Jika harga rumah RM130,000 tadi, kita perlukan RM3900-RM5200.

Secara kasarnya kita perlu ada RM16,900 barulah kita mampu untuk memiliki aset hartanah dibawah harga RM130,000.

Fuhhh. Muda-muda ni mana nak cekau RM16K++ tu kan? Dengan hutang PTPTN lebih kurang RM28K++?

Tenang. Kau jangan ikut orang, umur 24 tahun dah boleh beli 2-3 rumah tu rezeki dia. Dia pun bersusah payah dulu sebelum menikmati kesenangan macam tu.

***

                      

Jadi apa kau boleh buat?

1. Simpan 10% daripada gaji. WAJIB!!.

10% ni paling cikai lah. Kalau kau nak beli rumah cepat. Simpan banyak lagi. Mulakan menyimpan 10% daripada gaji. Naik gaji simpan banyak lagi. Target nak beli rumah kan.

2. Katakan TIDAK kepada kad kredit.

Jika ilmu pengurusan kewangan kau pun tak mantap, kau yakin kau boleh manipulasi kelebihan guna kad kredit? Karang main swipe je kad kredit tu. Tengok dah berhutang RM20K dah.

3. Jauhi hutang.

Kau jadi cat lovers sudah la. Tak payah nak jadi
debt lovers. Nak beli telefon bimbit pun bayar ansuran. Nak beli katil pun ansuran. Cuba usahakan kalau nak beli apa-apa pun guna tunai. Kalau kau tak boleh beli tunai tu, kau tak mampu la tu.

                     

4. Keperluan VS Kehendak.

Utamakan yang penting terlebih dahulu. Apa salahnya korban 2-3 tahun tangguh kehendak tu untuk masa depan yang terjamin.

Beli baju keperluan. Beli baju sampai penuh dua almari tu kau nak menjual ke apa? Kalau gegadis pesen suka beli kasut dan handbag. Awak simpan resit banyak-banyak dalam purse awak tu nak buat kira-kira ke? Nak buat belanjawan eh? Habis tu tak menyesal pulak duit banyak habis sebab beli kasut dan handbag banyak-banyak?

5. Mulakan Melabur.

Melaburlah di tempat yang terjamin pulangannya. Kalau simpan dalam bank je kau dapat bonus dalam 1%-2%. Kalau simpan dalam Tabung Haji dapat hibah dalam 5%-6%. ASB dalam 7%. Lagi cepatlah duit korang membiak. Nak cepat lagi boleh buat ASBF.

***

Kesan kau tak pandai kawal kewangan kau ni bukan kau nampak sekarang. Dah masuk umur 30 tahun, anak dah dua. Hutang sana sini masa tu kau baru rasa nak menitiskan air mata. Dapat gaji bayar pinjaman peribadi. Dapat gaji bayar hutang orang. Dapat gaji langsung tak dapat simpan. Peruntukan untuk takaful lagi la takde.

Akhir kata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian padan muka kau! Kah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen