Tips Untuk Jadikan Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin Dari Ustaz Khairul Anuar.

Zaman sekarang, tidak ramai yang jadikan dinar emas sebagai mas kahwin kerana merasakan wang ringgit lebih berbaloi dan jumlahnya lebih kelihatan berbanding seketul emas. Namun, sebenarnya banyak manfaat apabila memberikan emas kepada pengantin perempuan sebagai mas kahwin.

Jika ingin jadikan emas sebagai mas kahwin, jom ikuti tips yang dikongsi oleh Ustaz Khairul Anuar ini…

********

Musim kenduri kahwin sudah tiba. Sekarang sudah tidak pelik apabila mas kahwin dibayar dalam bentuk dinar oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

Sebagai contoh mas kahwin sebanyak RM400 dibayar menggunakan 1/2 dinar emas 999 yang juga berharga sekitar RM400.

Di sini saya akan berikan tips yang berguna untuk bakal pengantin perempuan memanfaatkan emas, bukan saja sebagai mas kahwin, tetapi sebagai hantaran, aset, simpanan dan sebagainya.

1. Tetapkan mas kahwin dan jumlah hantaran dari sejak perkenalan, bertunang atau dari sekarang.

2. Misal kata, mas kahwin ialah RM400 dan hantaran ialah RM15000. Maka cari item emas dengan nilai terdekat. Sebagai contoh 1/2 dinar (RM460) sebagai mas kahwin dan gold bar 100 gram (RM17700) sebagai hantaran.

3. Bakal pengantin perempuan boleh membeli sekarang 2 item tersebut sebagai pelaburan perkahwinan.

4. Ibu bapa yang mempunyai anak perempuan juga boleh mengambil langkah dengan mula mengumpul emas untuk tujuan tersebut.

5. Sampai masa untuk berkahwin, bagitahu bakal suami yang anda mahukan 1/2 dinar emas sebagai mas kahwin dan gold bar 100 gram sebagai hantaran.

6. Bakal suami akan mula merancang untuk membeli 1/2 dinar dan gold bar 100 gram.

7. Beri tawaran anda kepada bakal suami untuk menjual 1/2 dinar dan gold bar 100 gram tadi pada harga diskaun (samada harga tengah atau harga PG BUY).

8. Anda akan mendapat wang tunai hasil jualan. 100% hasil jualan ini adalah untung pelaburan emas anda.

9. Apabila selesai majlis akad nikah, 1/2 dinar dan gold bar 100 gram tadi juga akan menjadi milik mutlak anda kerana pemberian dari suami.

Antara manfaat yang akan anda perolehi ialah:

1. Untung dalam bentuk wang tunai hasil dari jualan emas milik anda kepada bakal suami.

2. Tidak seperti wang tunai, pengantin perempuan akan mendapat mas kahwin dan hantaran dalam bentuk yang lebih kukuh, kalis inflasi dan bertahan jangka panjang.

3. Emas asal sebagai modal pelaburan tidak hangus dan hilang.

4. Wang tunai tadi boleh digunakan untuk menambah gram emas sebagai simpanan dan aset berkualiti tinggi masa depan seisi keluarga. Jangan dibiarkan lama-lama, nanti bocor pula.

5. Jika ingin membeli kereta atau rumah, emas tadi boleh digadai di arrahnu untuk membayar deposit.

Berbaloi kan kalau simpan emas?

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen