“Orang Ingat Campuran Halia Dengan Lemon Untuk Detox, Tapi Boleh Legakan Sakit Tekak Juga”

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, sekejap hujan, sekejap panas, membuatkan tubuh badan sukar untuk mengadaptasi dengan perubahan ini. Apabila antibodi seseorang individu lemah, pasti mudah diserang pelbagai penyakit seperti demam panas, batuk, sakit tekak dan selesema yang berpanjangan.

Penyakit seperti ini bukan sahaja membuat kita menjadi tidak selesa untuk melakukan pelbagai urusan, malah mood juga mudah berubah. Sudahnya hanya bergantung pada ubat di klinik sahaja. Minta la ubat yang tidak kuat dosnya supaya tidak mengantuk ketika melakukan kerja di pejabat. Namun, jika terlalu kerap mengambil ubat tapi tiada kesan pasti akan membuatkan diri menjadi jiwa kacau.

Bagaimana cara mudah untuk sembuh dari penyakit terutamanya batuk dan sakit tekak berpanjangan ni?

Tahukah kita bahawa campuran Halia dengan lemon sebenarnya dapat membantu melegakan tekak, malah mengurangkan batuk yang berpanjangan. Kebiasaannya batuk berpanjangan terjadi sehingga 2 minggu ke sebulan. Akan tetapi ada juga individu yang sukar untuk pulih dari batuk, walaupun sudah mencuba pelbagai cara untuk sembuh.

Berkemungkinan besar, individu ini tidak ‘berpantang’ ketika makan. Sering makan makanan pedas, berminyak, bergoreng, minuman sejuk dan sebagainya. Jika hanya bergantung pada ubat sahaja tanpa ‘berpantang’ makan, sudah pasti sukar untuk sembuh dari penyakit ini.

KENAPA CAMPURAN HALIA DAN LEMON BAGUS UNTUK MEMBANTU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT?

1. Halia.

Kebaikan halia yang orang tidak tahu adalah kandungan yang terdapat di dalam halia tersebut.  Antibakteria dan anti-radang yang terkandung dalam halia dapat mempercepatkan proses sembuh sakit tekak yang membengkak.

Selain itu, halia juga terdapat enzim yang mampu mengurangkan kesakitan. Jadi sekiranya anda demam, sakit tekak, selesema dan batuk berpanjangan, amalkan minum 2 sudu besar air suam yang direndam dengan halia yang sudah dicincang.

2. Lemon.

Lemon juga mengandungi antibakteria dan anti-radang untuk proses rawatan sakit tekak. Malah diperkayakan dengan Vitamin C untuk membantu menguatkan anti-bodi melawan pelbagai penyakit. Amalan minum air lemon setiap pagi bukan sahaja untuk antibodi, malah dapat mengempiskan perut anda juga. Cubalah!

3. Dan campurkan sedikit madu juga.

Disamping itu, madu juga turut mengandungi antibakteria, antivirus dan antikulat untuk menyembuhkan sakit tekak. Madu dicampurkan agar, individu tidak berasa terlalu pahit dan masam  dengan campuran halia dan lemon.

RESIPI.

Berapa banyak kuantiti yang anda mahu minum terpulang, tetapi sekurang-kurangnya sediakan untuk seminggu terus supaya tidak letih atau membuang masa buat setiap hari. Caranya:

  • Halia dan lemon dipotong mengikut sukatan anda.
  • Kemudian rebus dahulu halia dan lemon sehingga empuk.
  • Kemudian kisar halia dan lemon yang sudah empuk tadi. (Jangan terus kisar apabila sesudah empuk, tunggu sejuk dan tapis air dahulu)
  • Sesudah kisar, tapis dan tuang ke dalam bekas.
  • Simpan dalam peti sejuk.
  • Setiap kali nak minum, tuang sedikit di dalam cawan dan campur dengan air suam dan sedikit madu.
  • Amalkan 2 kali sehari.
  • Insya Allah dalam masa seminggu atau 2 minggu terpulang pada individu, batuk anda akan berkurangan, tidak berhingus dan boleh karoke dalam kereta dengan jayanya.
  • Yang penting jaga makan juga.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen