Ibu Kandung VS Ibu Mertua, Ini Bezanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi yang sudah berkahwin pasti tahu bagaimana rasanya miliki ibu mertua dan sudah tentulah ia berbeza dengan ibu kandung anda. Jika anda miliki ibu mertua yang seakan ibu kandung anda itu adalah perkara yang sangat menguntungkan anda. Namun begitu, tetap sahaja ada sedikit perbezaan di antara mereka berdua ini.

Buat mereka yang belum berkahwin, jangan salah anggap mengenai ibu mertua ini. Ibu mertua ini bukan jahat terhadap anak menantu mereka, cuma gaya mereka ini sedikit berlainan berbanding ibu kandung anda. Jangan risau, ada sahaja ibu mertua yang penyayang dan melayani anda seperti anaknya sendiri.

Orang cakap menantu perempuan ini jangan tinggal sebumbung dengan ibu mertua, nanti pelbagai masalah timbul yang akan memeningkan kepala anak lelaki dan suami itu.

                      

Mari lihat apa yang berbeza sangat mereka ini.



1. Malayani kerenah anda.

Ibu kandung: ibu anda pasti akan lebih memanjakan anda dengan melayani segala sika panda dengan penuh sabar. Bahkan mereka ini juga akan lebih menuruti kemahuan anak mereka serta bersikap tolak ansur dengan anda.

Ibu mertua: Apabila dengan ibu mertua ini, pasti akan timbul rasa kekok di antara kalian. Bahkan untuk anda bermanja dengan dirinya juga tiada. Biasanya ibu mertua ini akan lebih manjakan anak lelaki mereka, anda hanya dapat tempiasnya sedikit.

Biasalah ibu sendiri sememangnya lebih memanjakan anda kerana sudah memahami sika panda jika hendak dibandingkan ibu mertua yang tidak menjaga anda dari kecil lagi.

2. Apabila melakukan kerja rumah.

Ibu kandung: Biasanya ibu kandung ini akan sama-sama menghulurkan bantuan untuk membantu anda mengemas rumah atau ketika di dapur. Mereka tidak akan membiarkan anda menguruskan semuanya sendiri.

Ibu mertua: Buat ibu mertua pula, mereka ini lebih suka menyuruh anda menyambung atau melakukan tugasan rumah. Bukan itu sahaja, mereka sengaja mahu anda melakukan semuanya kerana anda seorang isteri kepada anaknya bukan tetamu.

Ini kerana, ibu anda lebih memahami anda kerana dirinya tahu bahawa anda sibuk dengan kerja anda, sebab itu mereka mahu anda berehat. Berlainan pula dengan ibu mertua, bagi mereka anda adalah cara untuk dirinya berehat sebentar.


3. Apabila anak anda menangis.

Ibu kandung: Apabila melihat cucu mereka menangis, ibu kandung biasanya akan segera dapatkan cucu mereka dan menguruskan mereka sebentar serta beri anda peluang untuk berehat sebentar.

Ibu mertua: Berlainan pula dengan ibu mertua, mereka ini akan segera memanggil anda dan meminta anda menguruskan anak anda dengan kadar segera.

Ibu anda biasanya bimbang jika anda tidak mendapat rehat dan keletihan yang cukup, malah menawarkan bantuan untuk menjaga cucunya. Tapi ibu mertua pula, biasanya kurang prihatin tentang keletihan yang anda rasai.

4. Apabila melawat ke rumah anda.

Ibu kandung: Sudah menjadi sifat ibu-ibu di mana anaknya yang akan diutamakan, jadi ibu anda pasti akan membawa segala makanan kegemaran anda apabila pergi ke rumah anda.

Ibu mertua: Bagi ibu mertua pula, mereka akan membawa makanan kegemaran anak mereka terlebih dahulu tapi kadang kala mereka ini tidak melupakan anda juga.

Ibu-ibu sememangnya akan lebih mengutamakan anak mereka, hal ini kerana walaupun sudah berkahwin pasti makanan ibu mereka menjadi kegemaran buatnya.

5. Apabila beri teguran.

Ibu kandung: Biasanya kita kurang terasa hati dengan ibu kita walaupun teguran yang diberikan itu sedikit pedas dan kita juga tidak akan begitu ambil hati.

Ibu mertua: Jika tidak ditegur secara menyindir, setiap teguran yang diberikan oleh ibu mertua ini akan lebih segera tersimpan di dalam hati.

Dalam memberi teguran ini pastilah berbeza. Ini kerana ibu anda sudah tahu bagaimana hendak menegur and ajika hendak dibandingkan ibu mertua anda.

Tidak semua ibu mertua begini, ada sahaja ibu mertua yang baik. Jadi jika miliki ibu mertua yang baik, untunglah anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen