Sentiasa Berlawak Dengan Anak Isteri, Barulah Hubungan Kekeluargaan Itu Kuat – Mohd Fhais.

Oleh: Zuzu Yasmine

Balik rumah tengok muka pasangan kita muram sahaja, tengok muka anak-anak pun muram juga. Rumah pula jadi sunyi sepi macam tiada sesiapa di dalamnya. Pastilah ia akan membuat anda tertanya-tanya melainkan jika anda sudah biasa melalui hari-hari sebegini.

Tapi apabila ditanya, si isteri tidak mahu berkongsi melainkan menyatakan tiada apa dan okay sahaja. Anak-anak pula, lebih memilih untuk menonton televisyen berbanding meluangkan masa dengan kita ini. Aishh, tak seronoklah macam ini.

Apa kata anda cuba lakukan sedikit lawak, seperti dalam perkongsian saudara Mohd Fhais ini. Walaupun anda tidak pandai melawak, tapi untuk dapatkan keeratan dan keharmonian dalam keluarga apa kata cuba kaedah ini.

Rupanya banyak kebaikan yang diperolehi jika amalkan perkara ini.



Uish.. kalau tak pandai buat lawak ni memang rumah kita akan diselubungi kesuraman yang melampau sebab sampai bila-bila pun kita tak akan tahu apa yang isteri dan anak kita fikir serta rasa.

Puncanya tiada hubungan ( Rapport ) !!

Mengikut kajian pakar psikologi, wanita suka bagi jawapan yang bertentangan dengan perkara sebenar bila di tanya secara terus tapi dalam masa yang sama berharap orang tu tahu jawapan yang sebenar. Tepuk dahi!

Contoh soalan begini,

"Sayang ada masalah ke?"

Dia mesti jawab tak ada. Padahal kita nampak dia sot set sot set menangis kat dalam bilik tadi.

"Sayang lapar, nak makan tak?"

Jawab dia senang tak nak. Tanpa kelih pun.

Jadi cara paling selamat adalah dengan buat dia ketawa. Hiburkan hati dia. Wanitalah orang paling senang nak gelak. Lebih-lebih lagi kalau suami yang buat lawak. Lawak bodo pun dia boleh gelak.

Bila mood dah baik, insyaallah isteri akan buka mulut sendiri dan cerita semuanya. Kalau tak cerita lagi makna dia tak cukup gelak tu, kena naik taraf lawak tu bagi punchline lebih power.

                      

Bukan tu je, malah gelak ketawa ni banyak manfaat untuk seisi keluarga.

1. Bina rapport dengan isteri dan anak. Bila kita selalu hiburkan hati diorang mestilah diorang suka. Bila dah suka barulah hubungan tu kuat!

2. Ketawa boleh beri kesan kardiovaskular seperti bersenam 10 minit tau. Sebab bila ketawa tekanan darah meningkat dan degupan jantung laju macam jogging. Barulah anak isteri sihat!

3. Boleh kurangkan stress jahat dan tingkatkan stress baik. Bila badan dah ketawa "kortisol" akan berkurangan dan "endorphin" akan meningkat. Lagi banyak endorphin ni badan lebih selesa.

4. Badan anak kita boleh jadi kuat lawan penyakit sebab ketawa boleh tingkatkan Gamma-Inteferon, Sel-T dan Sel-B dalam badan. 3 benda ini fungsi untuk menguatkan sistem imunisasi dan antibodi badan anak kita.

5. Kerap ketawa dapat meningkatkan EQ kita juga. Terutama pada anak kita, EQ ni penting untuk dia bina self-awareness, self-regulation, motivation, self-confidence dan empati dalam diri.

6. Kekal sihat dan ramping dengan ketawa pun boleh. Sebab hanya ketawa 15 minit sehari dah boleh bakar kalori sehingga 40 cal. Kalori ni punca obesiti. Dah jimat ubat kurus kat sini.

Lagipun senyum itu kan satu sedekah. Buat orang lain tersenyum itu pula double triple manfaat sedekahnya. Bertuah siapa yang pandai buat orang lain tersenyum.

Jom melawak!

p/s : Jom kongsikan dan tag pasangan korang supaya sama-sama dapat manfaat.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen